Saya mengaku saya seorang yang tidak berapa mendalami adat² melayu. Lagi² adat dalam perkahwinan terutamanya. Bukan itu aje. Banyak lagi adat² yang mungkin saya tak tahu. Yelah orang dulu² kan penuh dengan adat.
Saya sedikit konfius dan terasa hati bila saya tidak dibenarkan datang ke rumah mertua hanya disebabkan majlis bertandang belum selesai. Saya datang bukan untuk tidur atau bermalam tapi untuk menemani suami dan juga saya boleh tolong sedikit apa² yang patut kerana rumah mertua saya mengadakan kenduri doa selamat.
Ada sesiapa yang boleh terangkan dalam bab² adat macam ni? Atau mungkin ada hujah yang boleh menegakkan alasan adat tersebut? Saya betul² ingin tahu apa kesalahan jika saya turut serta dalam majlis doa selamat itu?
Relevan sangat ke nak apply adat tersebut jika Majlis Bertandang akan diadakan sebulan atau mungkin berbulan² selepas majlis bersanding pihak perempuan? Kalau macam tu, tak payah jenguk mertua berbulan² la eh? Atau pun ada istilah "Awak ziarah rumah mama awak, saya balik rumah ibu saya @ saya duduk rumah sendirian". Macam tu ke?
Maafkan saya. Sedikit emosi bila menaip entri ni.
Saya sangat² inginkan jawapan persoalan diatas!
Tolong redakan hati saya dengan jawapan kamu. Terima kasih T__T
Ibu saya kata: "Dia nak buat seprais utk kakak kot." Ibu nak sedapkan hati saya la tu.
Showing posts with label Adat. Show all posts
Showing posts with label Adat. Show all posts
12 February 2010
Adat itu keperluan atau menyusahkan?
Posted by Haliza Haron at 10:25 AM 7 ucapan cinta
Labels: Adat
Subscribe to:
Posts (Atom)