12 June 2009

Roda² Kotaraya part 2

Mood malas tengah menular. Nak update pun malas.

Sambungan dari entri yang lepas, Hari ahad kami sambung jalan² cari pasal. Bangun pagi² dan bersarapan di Terracotta Restaurant. Lagi sekali kami terpaksa bersesak². Ingat jalan raya jer sesak. Punya la ramai orang. Makanan hampir kehabisan. Gelas tak cukup. Sampaikan saya dan Mr.B mi
num orange juice terpakse guna cawan. Cawan ye kawan². Haih!penat Sabar jer la. Makan pun sekadar alas perut.

Selepas sarapan, destinasi pertama kami pergi KLCC. Misi nak cari handbag dan kasut. Banyak yang tak berkenan. Kalau berkenan pun harga riban². Ade sape nak sposor?ihikhik(ces! bajet artis la). Puas pusing² satu KLCC tiba² jeng³.. Saya jumpa handbag yang saya suka. Harga pun ok. Masih dalam bajet saya. Pattern pun saya berkenan. Tapi saya masih tak berpuas hati jugak. Peningkan? hehe. Saya tengok Mr.B pun macam da fade up je. huhu.. Ampun ye!.



Handbag yang saya cari, sling and hand carry bag. 2in1. Cari kat guess pun tak jumpa. Takda jodoh kot.sedih Tapi kalau tak cari senang pula jumpa. Ataupun mata saya jadi rambang? Sampaikan tak tertengok semua beg yang ada. Haha..

Itu baru beg, belum kasut lagi. Kasut yang saya cari, langsung tak nampak bayang. hahah. Kesian.. Saya ambil keputusan untuk hold dulu misi cari handbag dan kasut. Kami terus gerak ker Jalan TAR. Alhamdulillah takda sesat² cari jalan. Kami park di Maju Junction. Misi kali ni, nak cari selendang, telekung dan accessories untuk tudung. Ala macam gambar di bawah ni. Apa ek nama dia?


*kredit to atmosferapix

Tapi sebelum tu, kami singgah ke Sogo, Mr.B cari kasut idaman. Jumpa memang jumpa, tapi size pula takda. Frust menonggeng beb! Muke sedih sangat. Da survey satu sogo tapi takda yang berkenan juga. Cerewet juga eh Mr.Bihikhik. So kami teruskan jalan² cari barang saya. Jumpa je selendang terus gi bayar. Takda masa dah nak belek². Misi cari telekung pun sama. Berkenan je terus minta tawar dan dapat juga dengan harga yang berpatutan. Terbaik wok!! hehe.. Ok yang part accessories lama sikit. Dengan rambang mata, tengok harga pon bole tahan mahal juga. Akhirnya saya jumpa juga yang simple dan manis(*ayat nak sedapkan hati).Harga pun boleh kawtim. Biase yang jadi masalah harga la kan. So bajet kena la selari dengan taste.

Dah penat cari barang² saya, Mr.B ajak pula pergi Bukit Bintang, saya layankan aja. Manalah tahu saya dapat cari handbag dan kasutihikhik. Dugaan nak pergi BB, kami sesat jalan sampai ke Batu Caves. Ya Allah! rase macam nak tinggalkan kereta tepi jalan dan balik naik putra. Dah rasa putus asa nak cari jalan balik. Nasib kami baik jumpa signboard ke jalan Ampang. Mr.B bagi cadangan park di KLCC. Takut sesat lagi, kami naik Putra dan Monorail ke BB. Dah sampai BB, jalan² cari pasal, cuci² mate tegok baju lawa², tgk cd lagu, tgk kasut Mr.B, sambil tu cari jugak handbag dan kasut saya. Last² jumpa jugak handbag kat butik Guess tapi jauh beza dengan apa yang saya carisedih. Takpa la asalkan color sama. Putih suci yu!senyumkenyit.

Sampai hotel, masing² memang da tak larat. Muka pun sememeh abis. Sebelum nak lelapkan mata, cousin saya sempat sindir "Ko betol² eh jalan satu hari".
siul lalala..

Esoknya kami check-out pukul 12pm. Pergi lunch dan terus masuk highway KL - JB. Bye.
babai






*Penat jalan² aritu tak habis lagi. penat
*Maaf gamba takda, sebabnya takda mase nak snap. hehe.. Nak mandi kat swimming pool pun tak sempat..

0 ucapan cinta:

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com