06 August 2010

6 Bulan

Rasa macam sekejap je dah 6 bulan. 6 bulan lagi akan genap setahun. Bila dah 6 bulan kahwin, ramai jugak la yang tanya "da ade isi?". Nak isi yang mane? isi perut? isi babat? Isi tempat kosong? Pilih je jangan malu². Soalan² standard macam ni dah boleh diramal. Kacang sangat! Cuba la bagi soalan² IQ ke soalan² isu semasa ke. Kan lagi mencabar. Haha..


Macam pagi tadi beli nasi lemak (kantoi x buat sarapan pagi), akak tu tanya "kawan ke suami?" Nasib baik la tak gagap² jawab suami. Disusuli soalan standard pulak "dah ada anak?". Saya cakap belum. Tapi nak je saya cakap "dlm proses". Kadang² saya jadi sensetif bila orang tanya soalan mcm tu. Kadang² saya tak amik port. Malas nak layan. Family saya pun takda tanya saya da ada "isi" ke belum.


Yang paling saya ingat sampai mati, masa baru² kahwin duduk dengan mertua. Mertua saya cakap "Jage² jangan sampai terlajak". Maksudnya jangan cepat² dapat baby. Entah la. Saya sendiri pun tak paham kenapa ayat macam tu ditujukan pada saya.


Sedih? Jangan cerita la. Tapi saya rasa saya da kebal sikit dari dulu. Malas nak nangis² ke terasa hati ke apa. Lantak Lah!!


Ok dah habis!






Kejamnya gambar ni. Haha..
Saya senyum, suami berkerut.



4 ucapan cinta:

iedayah said...

sabar ea..bese r tu,mulut org mmg cmtu,xkhwin tnye,da khwin pn tnye mcm2 gk..blm ad rezki lg nk wat cmne kn..cume usaha,usaha n trus berusaha je tau dear

Haliza Haron said...

iedayah:
mekasih dear. betul tu. kadang² rimas kene soal selidik. kadang² mcm mls nk amik port.

~ thalhazlin ~ said...

haliza, tq so much datang majlis kite. nanti kita huplod gambar dengan awak ek. hee.

* pstt : tak faham kenapa mertua awak cakap cam gitu. sampainya hati. sabar je lah ek haliza. tak lama lagi kite pun orang akan bertanya mende yang sama. apela. mende tu kan sensetip kan? hurm..

Haliza Haron said...

thalha:
welkam dear. mekasih jgk menjempot. kite suke baju awk. cun giler. mekap pon cantik. Pengantinnya pon mmg da sedia cantik. haruslah mekap lagi gojes.

hmm.. tuh la. kite sedih sgt bile dia ckp mcmtu. kite pon tak tahu la ape yg tak kene kat kite.

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com