17 January 2011

Resepi #002: Bone Stik (bone marrow soup)

Salam.

Dah lama saya tak kongsi resepi. Resepi kali untuk yang suka gilerr makan tulang kambing @ gearbox. Resepi ni versi saya. Mungkin lain orang lain la kot caranya. Jom cekidaut!


Tumbuk (separuh lumat) bawang merah, bawang putih & halia diketuk.


kentang dan lobak yang sudah dipotong ikut suka hati.


3 jenis sos: sos life cili & tomato dan sos cili lingham's
kenapa lingham's? sebab sos ni bagi rasa pedas² sedap. Hehe..


bagi close up sikit. Kalau makan dengan western food lagi sedap!


Rebuskan bahan² yang ditumbuk bersama tulang.
oo.. jgn lupa, letak jugak kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

Rebus tulang ni, ambil masa 4 jam. Sila pastikan gas anda mencukupi :P



Ini rupa bila sudah 2 jam merebus. Lamanya T__T
Dah boleh masukkan kentang, lobak, sos dan juga sedikit rempah sup.


Ok sudah siap untuk di makan bersama Loti roti.
(malas nak letak daun sup/bawang/ketumbar)
Jangan lupa sediakan straw untuk menyedut sum².



p dot s: Kalau tak suka kambing, boleh juga digantikan dengan daging lembu.



 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com