Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts

09 September 2010

Minal Aidil Walfaizin syawal 1431


Eh! da nak raya? Rasa terlalu kejap je bulan ramadhan. Moga ibadah puasa kita di terima dan dapat ketemu dengan ramadan lagi.

Tahun ni saya beraya di kampung ayah mertua di Pontian. Sedih jugak bila tak dpt bersalaman cium tangan & berpelukan dengan ayah & ibu di hari raya pertama. Sebak nya dada... T_T

Tahun pertama jugak beraya sebagai isteri. Tahun ni kami beraya sederhana saja. Kami sama² tak apply cuti. Cuti setakat yang ada di kalender je.

Di kesempatan ini, saya ucapkan Salam AidilFitri untuk semua umat Islam yang berpuasa yang tak puasa tak payah raya dan mohon maaf zahir dan batin andai tersinggung dengan penulisan saya. Bagi yang balik kampung, selamat pergi dan balik. Hati² di jalanraya.






kredit flash banner to Ideas.Think.Share

21 September 2009

Entri orang takde kampung T___T

Orang semua sibuk beraya saya sibuk update blog. Hehe.. Maklumlah sebelum raya saya bz nak update blog. Bz ngan masak ketupat. Buat kuih? Oh tidak. Macam tahun2 lepas beli je kuih.

Amacam raya pertama korang? Seronok? Mesti la kan. Saya pun seronok dapat berkumpul ngan sedara mara yang jarang berjumpa. Bermaaf-maafan.


Oyya, belum terlambat lagikan saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai ade terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terlepas laku harap dimaafkan. Kepada yang balik kampung, Berhati-hati dijalan raya. Moga selamat pergi dan balik. Kepada bride-to-be, makan tu beringat sikit. Jangan lepas raya naik berkilo-kilo terus. Menangis nanti. hehe..






p/s:Jemput la datang beraya ke rumah orang takde kampung ni.

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com