Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

24 December 2010

Fade up

Emosi.. emosi.. emosi..


Aku tak tahu la nak cerita/mengadu kat siapa, kat mana patut luahkan..
Dah cuba bersabar tapi ada limitnya..




Tuhan, tolong tebalkan kesabaran saya lagi....

29 July 2010

Best sangat ke saman-menyaman?

Zaman sekarang ni suka-suki je nak menyaman orang kan? Dan perkara ni dah pun jadi kat family aku. Dia BERANI saman ibu aku. Berani kau eh?

Halnya macam ni, ibu aku sewakan rumah lama kami pada penyewa bodoh mcm lembu. Sebelum kami pindah ke rumah baru, memang ramai yang usha & tanya nak menyewa rumah lama tu. Yelah masa tu belum pindah, takkan nk sewakan. Bila da selesai pindah rumah baru, si penyewa bodoh ni pon terkedek-kedek datang tengok rumah dan terus nak sewa. Sebelum tu aku dah nasihat kan ibu aku buat surat perjanjian sewa rumah. Tapi benda da nak jadi, ibu aku terus deal dengan penyewa tu tanpa apa² perjanjian. Dengan bayaran yang tak penuh (ada lagi tunggakan) & kepercayaan yg tinggi pada penyewa tu, ibu aku serahkan kunci rumah.

Sebelum penyewa tu masuk, ibu aku dah bersih² kan keadaan rumah, da sental bilik air, da cat dinding rumah. Kita nak bagi orang sewa, mesti lah kita bagi yang terbaik. Bukan main taram je.

Tapi! bila sampai masa penyewa tu dah masuk rumah, terus dia call ibu aku untuk batalkan sewa rumah. Dan² tu juga minta balik duit sewa. Padahal tak sedar diri ke duit sewa pun tak bayar habis? Ibu aku slow talk tanya kenapa tak puas hati ke? Dia bagi alasan dia geli dengan lipas dan cacing dan dia cakap rumah kotor sebab tu la ada lipas & cacing. WTF............ Aku geram sangat dengan statement dia ok. Macam vavi. Agaknya kalau kat rumah family dia ada lipas @ cacing terus lari rumah. Bodoh bertingkat²!

Hari tu aku duduk hotel seminggu teman laki aku ade program. Maksudnya seminggu la kan aku tak balik rumah. Bila da balik rumah, da mandi ape semua, aku tengok kat bilik air macam ada pesta cacing. Sana sini cacing berjoget². Selama seminggu jugak aku hadap pesta cacing tu. Tapi aku paham la kenapa kan. Takda pon nak komplen ke nak saman tuan rumah. Curah aje la asid. Pandai² la kita nak uruskan. Kalau tak nak sangat ade cacing ke lipas kat rumah, sewa rumah atas langit dengan ayahpin.
Aku rasa rumah pangsa tingkat atas pun ade lipas & cacing. Atau pun ko sewa rumah orang² kaya. Habis cerita.




Eh²! belum abis cerita.

Ok sambung. Penyewa tu call dan mesej ibu aku mintak duit sewa balik. Ibu aku pun ade timbang rasa juga, dia setuju nak pulang kan duit sebln sewa tapi deposit tu burn. Yang aku tau deposit tu kite memang tak bole ambil tapi kite bole duduk sebln free gune duit deposit tu la. Sebab aku sewa rumah, mcm tu la yg ditetapkan tuan rumah. Mulanya dia setuju tapi entah ape yang rasuk si lembu tu, dia terus cakap nak saman ibu aku kalau semua duit sewa tak dipulangkan. Ibu aku punya takut tak payah cakap la. Nasib baik HERO ada kat sebelah. HEROnya ayah aku la.

Bila tiba je surat saman, ibu aku jadi takut lagi. Tapi keadaan dapat dikawal. Since ayah aku pun bekas polis & dah lali turun naik mahkamah, so dapat la gunakan pengalaman dia. 2 kali ibu aku turun naik mahkamah. Aku sedih bila aku tak dapat nak temankan ibu aku. Tinggal pon da tak sebumbung. Jadi aku hanya bole call je. Jumpa pun hujung minggu. Bila semalam aku call tanya kan hal ni. Alhamdulillah sangat IBU AKU MENANG dalam kes ni. Allah lebih tahu. DIA nak tunjukkan siapa betul siapa salah. Ini baru kat dunia. Tunggulah balasan kat akhirat nanti. Doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul, insya-Allah.


Last² satu sen pon ko tak dapat duit sewa tu balik kan? Rugi lagi ade la. Turun naik mahkamah bukannya free. Ditambah dengan malu sebab KALAH kes lagi. Ape cer? Aku cakap ko bodoh bertingkat-tingkat jangan tak terima pulak.

Ibu saya da dapat penyewa yang jauh lebih baik. Moga rezeki untuk keluarga kami sentiasa diberkati-Nya. Amin~





PdotS: Sorry :( saya bahasakan diri aku. Sebabnya saya tak boleh tahan dengan orang yang berani buat jahat kat ibu saya. Dia bernasib baik tak deal dengan saya, kalau saya jumpa dia, tahu la ape saya nak buat. Wa tengok lu besar kecik, besar kecik je der.


26 May 2010

Sebalik kegembiraan terselit kesedihan

Iye! tajuk agak drama sikit.

Semalam gembira, semalam jugak sedih. Nasib baik ada anak bulu yang menghiburkan.



Memang mertua tak boleh ngam-ngam ho eh dengan menantu? Terutamanya menantu perempuan? Mesti cakap lepas je ke?







Kecik ati ai tau! Ke aku yang terlebih EMOticon?

05 May 2010

Adakah? (ii)

Sambungan dari entri semalam...

Isteri: B da tak payah gi KURSUS KEBAPAAN.

Suami: kenapa?

Isteri: "kawan baik" sayang da datang :(

Suami: Alaaaa...(reaksi Alaaa ada 2 maksud ni. tapi di cover dengan ayat berikut) baru ingat nak bagi tau arep(bespren) yg B mungkin nak jadi ayah.

Isteri: Da bersedia ke nak jadi ayah? Tahu ke nak pegang baby?

Suami: B da pernah la pegang baby(ckp dengan penuh confident). Tapi B memang nak gi jugak KURSUS KEBAPAAN la. Ok tak?

Isteri: OK sangat²!!.. *senyum²
________________________________________________



Isteri mana lah yang tak happy bila suami ada initiative untuk membantu dan meringankan tugas isteri. Tak kisah lah dari segi apa sekali pon. Betol tak?

Bila dah kawin ni, kalau "kawan baik" tak datang @ lambat datang agak teruja jugak. Tapi saya tidak la terlalu excited takut rezeki itu tidak menyebelahi kami akan kecewa. Apa² kami berdoa & berserah pada-Nya.

Agak lucu jugak bile tengok reaksi suami. Macam² ada. Terkejut, terkujat, senyum simpol tapi rasenya lebih terkejut kot. Belum apa² lagi siap ajak saya gi klinik. Nak check up. Haha.. Pregnancy test pun saya tak buat lagi(takot + malu nak beli). Saya cakap tunggu lagi 1 minggu. Lagi pun saya baru lewat 1 minggu.

Tup² lepas publish entri semlm, pergi toilet tengok dia terus datang.
Haih!! tape la cuba lagi.


04 May 2010

Adakah?

Di suatu petang, sedang berjalan² sepasang suami isteri berbual.


Isteri
: B, bulan lepas "kawan baik" sayang tak datang.
Suami: Hah? Abis camne? *muka terkejut
Isteri: Nape? Risau ke? Bukan takde bapanya kan?
Suami: Kalau camtu B kena gi KURSUS KEBAPAAN lah camni.
Isteri: hahaha..
Suami: Nape? tak betul ke?


Isteri terus gelak dan gelak dan gelak dan gelak...






p/s: Ada ke kursus kebapaan?



29 January 2010

Announcement!

Hari ini jumaat terakhir saya berstatus bujang. Warghhh!! sangat cuak oke..
Eh! tapi excited jugak. hehe..




p/s: sori tajuk agak poyo skit. :p

11 January 2010

Inilah namanya dugaan!

Tension betul lah! Sudah la wedding card postpone, tukar card color pulak. Lepas ni apa lagi?

Entah macammana la result card tu. Card color soft grey, font pulak maintain brown color. Ya Allah! Tak dapat bayangkan.

Padahal semalam muka dengan confident cakap card dah siap tapi cuma tak ada transport nak delivery + Van rosak bagai lah. Itu masalah aku ke hah? Tapi tadi pagi call cakap kertas pula out of stock!!! WTFish! Ni yang nak jadi Incredible Hulk.

Nak menangis, meraung, mengamuk ke ape pun memang dah tak ada pilihan.



Redha je Haliza. Hadapi dengan senyuman.

Smile liza. Smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... la wooi





p/s: Ow tadi saya terjumpa Fasha tengah borong kertas. Hehe.. Orangnye sweet & bermata cantik. Sori tak dapat berbual panjang ngan awk.


05 January 2010

1 Purnama



OmaiGucci!!(tetibe) Dulu masa mula² start blog, tickers baru nak jejak 6 bulan lagi dari tarikh majlis. Rasa macam lama lagi. Asyik rilex je banyak.. Servey², Jalan² ke blog orang lain tengok persiapan deorang macam mana. Deko hantaran macam mana. huhu.. Banyak menservey dari preparations.

Hari ni dah tinggal satu bulan je lagi saya nak buat persediaan apa² yang patut. Dengar macam lama lagi. Tapi masa cepat je lari, bukan jalan lagi dah. Sempot saya nak mengejar. Lepas ni pasti saya rindu sangat nk buat preparations wedding. Walaupun kadang² tension tapi banyak manisnya jugak.

Tentang preparations pulak, alhamdulillah banyak yang dah setel tapi ada jugak benda yang penting saya belum siap lagi. Salah satu nya Kad Kahwin. Harap² sangat sabtu ni dah boleh ambil kat kadkahwinku.com.



Part hiasan hantaran saya upah pakcik saya menggubah. Saya suka hasil tangan dia, seni dan kreatif. Walaupun saya bekerja dlm bidang design tapi bila part nak menggubah memang hancus. Surrender! Nak beli barang menggubah pun terkial². Inspirasi gubahan saya ambil dari Pesona Pengantin.

Kali ni saya katakan TAK NAK letak bunga kat gubahan. Sebab saya tahu, kalau saya bagi tunang saya bunga, dia bukan nak simpan ke nak buat gubah jauh sekali. Last² bunga masa kami tunang hari tu elok je duduk kat atas almari buat sarang labah². Tension mak!! Yang bunga hidup kat sirih junjung dah lama selamat kat tong sampah ke lori sampah. camtuh la. So saya decide letak ribbon macam kat Pesona Pengantin.

Salah satu hantaran saya untuk tunang, kapkek. Itu pun saya belum tempah lagi. Tapi saya da tanya quotation kat Shamin Bakery. Insya allah pertengahan bulan Januari ni saya nak bincang ape² yang patut mengenai kapkek & Kek Kahwin. Harap² dapat la ape yang saya mau untuk kapkek & kek. Tapi kalau takde pilihan jugak saya beli je la kat Lavender ke, Secret Recipe ke, Baskin Robin ke. No choice..

Oh ye.. Penanda arah nak buat macam mane eh? Takde idea la..

Spa tak pegi lagi. Manicure & Pedicure pun. Aiyo.. Nak pegi yang mane ek kat area JB nih?



Henna pun tak cari lagi nak buat kat mane.. (*.*) Aih!! pening kepala..


21 December 2009

Tiada Tajuk

Salam semua,

Huh! lame tak update. Bukan ape, ade je cerita nk dibisingkan kat sini tapi mood nk menaip tu susah dah nak dtg ataupun mungkin saya akan tutup blog ni. (Macam merajuk dengan diri sendiri. Motif?)

Preparations wedding saya so far ok je la. Tapi rase macam da pasrah & berserah je. Macam putus asa pun ye jgk. Kenapa? Saya rase saya dah buat sehabis baik untuk bahagian saya. Cuma bahagian jemputan,
Catering, pemilihan tempat nikah dan majlis saya serahkan pada ayah & ibu saya. Kalau nak ikutkan saya boleh buat berdua dengan tunang tapi saya tapi saya taknak ayah dan ibu saya terasa hati dengan saya. Yelah, macam seolah² saya meminggirkan mereka. Itu fikiran saya lah. Cume mungkin ayah saya terlalu bz atau mungkin merasakan majlis anaknya lambat lagi atau ade masalah dalaman yg mereka taknak saya risau. Maka terjadi la episod last minute. Faham² je lah kalau dah last minute, semuanya takkan dapat ape yg kite nak. Saya faham bukan semua yang kite nak tu akan dapat, atleast kite tak rase menyesal atau ape² lah perasaan yg tak best. Kira macam sempat la cari alternatif lain untuk dapatkan sesuatu yg kite nak.

Saya taknak dan tak akan salahkan sesiapa pun atas hal ni. Mungkin ade hikmah yang belum saya nampak. Kite hanya merancang dan Allah yang menentukannya.


Doakan perjalanan majlis saya berjalan dengan lancar. Aminn..


p/s: Sebenarnya saya serba salah nak publishkan entri ni sbb takut ade orang yg akan salah sangka tp ini lah yg saya rasa sekarang.

02 November 2009

Cemburu

Perasaan cemburu memang sinonim dengan pasangan yang bercinta. Tak kisah la same ada; yang baru couple, yang dah bertunang mahupun yang dah bertahun² kahwin. Ada yang tak setuju ke? Tabik spring lah pada pasangan yang tak ada perasaan cemburu. Kira open minded la.

Cemburu ni ada baiknya dan ada buruknya. Kalau cemburu yang tak bertempat, itu buruk padahnya. Silap haribulan boleh kena tinggal terus. Yelah, sikit² nak cemburu. Sikit² nak kongkong. Tak boleh jumpe orang itu, ini, jeles je manjang. Kadang yang tak boleh terima dek akal fikiran, ada yang cemburu antara pasangan dengan saudara pasangan sendiri. Kalau tidak ada unsur² curang, rasanya tu tak patut untuk cemburu buta.

Situasi: Si A(perempuan) cemburu dengan pasangannya(lelaki) bila si ibu pasangan meminta tolong mengambil kakak saudara di airport.

Patut ke cemburu? Takkan lah si ibu sanggup nak merosakkan hubungan anak sendiri. Fikir² la sendiri. :)

Disebabkan adanya quote "Cemburu tanda sayang", saya menganggap ade sedikit kebaikan jika cemburu bertempat. Bukanlah bermaksud kalau tak cemburu, tak sayang. Ada orang tak cemburu, tapi dia tunjukkan partly of love in diffrent way. Lain padang lain belalang, Lain orang lainlah caranya.. hehe..


Dulu, saya seorang yang sangat² open minded. Saya tak kisah kalau ex-bf saya nak membonceng perempuan yang saya tak kenal, bermesej² ngan perempuan lain tapi susah nak mesej ngan saya. Hingga ex-bf saya berani dan bangga show off gambar² dia dan perempuan lain berpelukan. Saya tak marah, sikit pun tak. Cuma saya tanya elok² siapa betina perempuan tu. Kalau dia cakap kawan, itu da cukup memuaskan hati saya. Saya bersyukur yang amat Allah tidak memanjangkan jodoh kami.

Itu dulu, tapi sekarang saya sedikit kuat cemburu pada tunang saya. Saya cukup pantang dan meluat kalau ade perempuan gedik² depan tunang saya walaupun tunang saya boolayan sama kau.







p/s: Entri ni untuk panduan dan peringatan utk saya sendiri. Maaf kalau ade yang terasa.

13 October 2009

3 Months, 3 Weeks & 2 Days

Eh² bkn preggy tau. Tengok kat tickers sebelah tu, hari ni genap 3 bulan, 3 minggu & 2 hari saya menjadi tunangan orang dan lagi 3 bulan, 3 minggu & 2 hari Insya Allah saya akan menjadi isteri orang.(Doakan yang terbaik untuk kami)

Progres pulak so far Alhamdulillah berjalan dgn lancar walaupun ayah saya selalu macam tak paham dengan keadaan saya yang bz survey barang, balik lewat mlm dan macam² la. Saya kalau nak keluar malam, saya akan pastikan keluar selepas waktu Maghrib bukan time Maghrib² saya masih merewang tak tentu pasal. Macam semlm saya pergi booked photographer time mlm. Waktu bekerja, mana saya nak cari masa? Weekend pula photographer dah tentu² ade job. Nak tak nak kena jugak booked time yg sama² free. Haih! kadang tension pun ada.

Ok jangan nak emo². Sabar je. Dugaan tu namanya. Photographer saya booked kat Lensa Melayu. Package yang ditawarkan sangat memuaskan hati & budget kami. hehe.. Harap² servisnya pun memuaskan jugak.


Sangat suke dengan posing & tone color yang mcm ni :)
source: http://snippetandink.blogspot.com/

Oyya, semalam borang permohonan nikah tunang saya da tolong belikan. Baru saya tahu nak beli borang kene datang berdua, bawa sijil kursus kahwin dan jangan buat² lupa bawa duit jugak. huhu.. Ingatkan boleh salah sorang datang dan belikan. Dah la tunang saya datang lenggang kangkung. Nasib baik ade org dalam boleh tolong dan boleh kawtim. Kalau tak, kena amik cuti lagi T___T la jawabnya. Procedure baru ni, lagi sebulan tarikh nikah baru submit borang. Dulu 3 bulan sebelum kan da bole submit? Ke procedure tu dah lame?

Borang beserta buku panduan Nafkah dalam Perkahwinan

Ok la, sampai disini je entri kali ni. Cuma nak tanya sesiapa warga johor, yang sudi bgtahu kat mane nk beli gula² atau lolipop secara bundle dan yang penting murah. hehe.. Mintak tolong sangat² nih!



p/s: bukan kedekut tapi membeli ikut kemampuan sendiri.

02 September 2009

Hari TerPALING SEDIH

Betul, Senjata paling TAJAM adalah LIDAH manusia. Sakit bila kata² tu keluar dari mulut orang yang 'curi' hati saya. Nampak je saya ni 'macam' keras, padahal FRAGILE gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr babeng..


HARI TERPALING SEDIH T_______________T*menangis lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi..

13 August 2009

Putaran Hidup

Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita berada dipuncak. Adakalanya kita tersungkur dibawah. Sejak kebelakangan ini, banyak betul masalah, dugaan dan segala bagai yang membolehkan saya merasa down yang amat. Kalaulah ade meter dibadan saya, mungkin meter akan menunjukkan ke paras bahaya ataupun kritikal. Saya tahu setiap orang pun mempunyai masalah. Tak kira lah sama ada besar ataupun kecil. Yang penting cara penyelesaian mestilah betul.

Saya tak tahu sama ada tindakan saya ini betul atau tidak. Macam membuka pekung sendiri pun ya jugak. Tapi niat saya hanya untuk meminta pendapat sesiapa yang sudi dan juga berkongsi apa yang saya rasa.

















Ah!.. Susahnya nak teruskan menaip untuk entri kali ni.

17 July 2009

KeBUSYan *Update

Maaflah lama tak update. Salah satu sebabnya, saya busy sangat. Rase macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Bila nak tiba PC Fair jer, saya jadi lipas kudung. Busy nak design macam² benda.

Kesihatan pulak tak berapa nak memberangsangkan. Klinik da pergi 2X tapi macam takda effect apa². Ke nak cukupkan sampai 3X baru berkesan? Batuk tetap batuk. Kadang rase macam nak kene athma balik.

Preparations untuk wedding kami masih tertangguh. Tarikh sudah dibincangkan. Alhamdulillah!
sengihnampakgigi Lega sikit. Cadangnya 3 majlis. 1hari nikah, 1hari reception belah saya dan 1hari bertandang belah lelaki. Mungkin selepas raya, baru la kami bergiat cergas untuk membuat preparation.ihikhik



Help me: Ade sesiapa nak cadangkan bridal mane yang servicenya tiptop dengan harga yang berpatutan. Area JB yek.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

*Update: Korang rasa better ambil 1 bridal untuk semua majlis ataupun lain² bridal untuk setiap majlis? Kawan saya kata, better ambil bridal yang berlainan, sebabnya kalau ambil yang sama, ditakuti cara sentuhan make up sama sahaja untuk ketiga² majlis. Ada betulnya juga tapi ada sedikit pembaziran kot bagi yang majlisnya sama kawasan seperti saya. Ini hanyalah pendapat saya. Korang jugak bole bagi pendapat. Sila lah jgn malu².

08 July 2009

Minggu yang teruk

Minggu ni adalah paling teruk. Semua serba tak kena. Terutamanya di office. Kene marah tahap dewa. Sampaikan meleleh air mata. Cengeng. Haha..

Sekarang ni sindrom nak berhenti kerja menular di office saya. Tak Tahu la kenapa. Tahu sebenarnya cuma malas nak ambil port. Department saya je 2 orang sekali nak berhenti. Manager pulak tuh. Sorang lagi junior saya. Haih!! nampaknya makin bertimbun la kerja.tension Bertambah la jugak tension.

Kesihatan pun sedikit terganggu. Mungkin stress sangat kot (memandai jerk akuh).
Nak MC takut kerja tak boleh siap. Harap² cepat sembuh. Duduk rumah tapi otak tertinggal di office pun tak guna. Dalam pada tak sihat ni sempat pula edit gambar weekend lepas. Hehehe.. Ini salah satu ubat jugak.


feeling² romantik jap.



Ini adik lelaki saya.
Abaikan seluar bintang² dia.



Tak tahu motif gamba. Haha..


Ada banyak lagi tapi lambat nak upload. Nak tunggu malas. Saya nak balik ni. Dapat permisi dari manager. Daa~ babai


 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com