Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

06 August 2010

6 Bulan

Rasa macam sekejap je dah 6 bulan. 6 bulan lagi akan genap setahun. Bila dah 6 bulan kahwin, ramai jugak la yang tanya "da ade isi?". Nak isi yang mane? isi perut? isi babat? Isi tempat kosong? Pilih je jangan malu². Soalan² standard macam ni dah boleh diramal. Kacang sangat! Cuba la bagi soalan² IQ ke soalan² isu semasa ke. Kan lagi mencabar. Haha..


Macam pagi tadi beli nasi lemak (kantoi x buat sarapan pagi), akak tu tanya "kawan ke suami?" Nasib baik la tak gagap² jawab suami. Disusuli soalan standard pulak "dah ada anak?". Saya cakap belum. Tapi nak je saya cakap "dlm proses". Kadang² saya jadi sensetif bila orang tanya soalan mcm tu. Kadang² saya tak amik port. Malas nak layan. Family saya pun takda tanya saya da ada "isi" ke belum.


Yang paling saya ingat sampai mati, masa baru² kahwin duduk dengan mertua. Mertua saya cakap "Jage² jangan sampai terlajak". Maksudnya jangan cepat² dapat baby. Entah la. Saya sendiri pun tak paham kenapa ayat macam tu ditujukan pada saya.


Sedih? Jangan cerita la. Tapi saya rasa saya da kebal sikit dari dulu. Malas nak nangis² ke terasa hati ke apa. Lantak Lah!!


Ok dah habis!






Kejamnya gambar ni. Haha..
Saya senyum, suami berkerut.



31 May 2010

Hari Jadian

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri ^_^








p dot s: rindu kat my anak bulu kucing.


22 January 2010

Happy Birthday Fiance ^__^



Hari ni Jumaat, 22 January 2010 hari lahir tunang sy. Seperti biasa memang tak tahu nk bagi hadiah apa. Pening jugak pikir. Bila saya tanya, mula² dia cakap tak kisah. Tibe² je ting! dia nk hadiah break pad. Dia cakap break pad dia da haus atau kata lain. Eh! mmg takde kata lain. Haus paling tepat!


Tension aku dengar dia mintak break pad. Berapi je telinga. Memang tak la aku nak bagi dia break pad. Dah la tak nampak depan mata. Tambah pulak bukan break pad tu pasang kat badan dia. So memang rejek awal². haha.. Kejam tak?


Di sebabkan poket makin menipis plus otak belum berfungsi dengan jayanya untuk memikirkan hadiah apakah yang patut saya bagi, saya telah mengarang surat permohonan hadiah ditangguhkan. oke saya tipu. Saya tak tulis surat pon tapi saya slumber ya ya mintak hadiah ditangguhkan dan permohonan saya telah diluluskan. Yahoo! Kalau tak diluluskan, hadiah kasih sayang je la yang saya mampu bagi untuk dia. Tapi memang hari² pun bagi hadiah kasih sayang jugak :P.


Kekasih,
Selamat Hari Lahir. Moga Panjang umur, Diberkati rezki oleh-Nya, diberikan kesihatan yang baik dan moga awak menjadi suami yang terbaik buat saya. Amin².





Tunang saya tak tahu pun saya ada blog. Tapi saya tau dia ada blog. Saya tak nak bagi tau dia yang saya pon ade blog sebab nanti saya tak bebas nak bising² kat blog. Shhh.. ini rahsia tau! Jangan bagi tau dia.

07 November 2009

Tahun Kedua - 7 Nov 2009



Aku Mau - Once

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu




Kekasih,
Selamat hari ulangtahun yang Kedua,
Moga kita terus berCINTA hingga hujung nyawa.

03 July 2009

Selamat Hari Lahir Ibu

Jumaat, 3 Julai 2009 adalah hari lahir ibu saya yang ke-50. Masih kuat, masih cantik dan alhamdulillah masih sihat. Rasanya takda acara potong kek mahupun birthday party. Sekadar makan malam di luar. Hari ini off untuk memasak. Siapa belanja? Birthday girl la belanja. Girl lagi ke? Hehe.. Hadiah pun saya still tak pikir lagi nak bagi apa? Macam nak bagi hadiah kasih sayang. OK tak? ihikhik

Semalam bincang² nak pilih makan kat mana. Bila da dapat tempat nak makan, ibu saya suruh ajak sekali tunang saya join. Call En.B..

Saya: Hello.. B, ibu ajak join dinner sekali. Ok?

En.B: Hah? Dinner? Malu la..

Saya: Ala, ibu da ajak lagipun esok harijadi ibu.. Jom la eh.. tak payah la nak malu².

En.B: Hurmm.. Ok lah.

Saya: Ok. Jangan lupe bawa hadiah sekali tau. Haha..

En.B: Sempat ke nak beli hadiah? (dia da kelam kabut. Hehe)

Saya: Hehe.. mana tahu. (Saja menyakat)

En.B: Emm.. OK la.. Esok B try cari ok.

Saya: Ok Bye.

Saya memang suka menyakat. Suruh beli hadiah untuk ibu. Jahat ek? Hehe.. Saya bagitahu ibu yang saya suruh tunang saya belikan hadiah. Ibu beriya² cakap tak payah belikan apa². Saya tahu, walau saya hadiah kan sebiji bungalow mewah pun masih tak dapat nak balas jasa ibu. Apa lagi kalau saya hadiahkan Mercedes-Benz macam Nana AF lagi la saya tak mampu.

Ibu, Selamat ulangtahun yang ke-50. Moga dipanjangkan umur, sihat selalu, diberkati rezeki, bahagia didunia dan diakhirat kelak. Terima kasih untuk segalanya.

Gambar kami sekeluarga. Opp.. Adik lelaki saya tiada dalam gambar la pulak.

02 June 2009

Ulangtahun ke-25




Oh! umur saya semakin besar angkanya. Pada 31 May yang lepas, genap la umur saya ke-25. Fuh! Rasa macam cepat je masa berlalu. Macam tak percaya umur dah 25. Saya bersyukur pada Allah dengan kesihatan dan rezeki dariNya.

Terima kasih pada kawan² yang wish. Tak lupa jugak terima kasih pada MR.B
love yang susah² petik gitar sambil menyanyikan lagu Happy Birthdaycelebrate untuk saya walaupun tak hafal chord gitar. Takpe lah asalkan ade bunyi. Haha..ihikhik

Yang gambar tu bukan gambar hiasan eh. hehe.. Itu present dari MR.B. Thanks a lot my dear. Macam tahun lepas juga, kiteorang just makan kek, tgk movie then balik. No romantic dinner, surprise party or else. Malam tu pun saya kene pow dengan family sendirik. Belanja makan malam di warung dengan memakai baju tidur. hahaha.. asal boleh jer la.. janji perut kenyang sudah!





P/s: Insya Allah ini tahun terakhir saya sambut birthday secara bujang. hehe..*gatai

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com