Walaupun secara virtual, saya ingin menjemput semua kawan² untuk hadir ke Majlis Perkahwinan kami. Jemput datang eh (^__^)
oh sebelum terlupa, sudi² la beri ucapan di http://www.hafidzhaliza.com. Click kat beri ucapan anda.
Posted by Haliza Haron at 12:00 AM 3 ucapan cinta
Labels: Invitation, Wedding
Fuh! Fuh! Fuh! Penatnyaaa. Rasanya ni lah weekend yang paling penat sekali. Mana taknya, betul² soping sakan. Bukan².. Bukan soping untuk raya eh. Soping untuk barang hantaran kami. Tapi ada juga selit satu dua barang untuk raya. Hehe..
Sabtu lepas kami pergi booking Pondok Pesona bridal untuk majlis nikah dan resepsi belah saya. Cadangnya mahu setelkan lepas raya. Tengok² bulan puasa jugak kami booked. Alhamdulillah tarikh majlis kami masih available lagi. Kalau tak, memang satu keje lagi nak pergi survey. Bukan tak suka survey tapi masalah saya ni mata cepat rambang. Kalau semua nak, cam mane? huhu..
Bridal yang kami booking ni pun kami tak pernah buat research, tak pernah tanya quotation. Gamble je terus datang, fikir dan booked. Tapi bridal ni pernah di'suggest'kan oleh cik Fuchsia~. Terima kasih cik Fuchsia~ ^__^. Kawan² blogger yang lain pun ada jugak bagi suggestion bridal² yang terbaik. Terima Kasih banyak² :). Tapi ada sedikit kecewa, saya tak dapat request design baju baru untuk reception ditambah pulak baju takde color yang mengikut tema kami. Salah kami jugak, tak booking 6 bulan sebelum majlis. Kalau masih juga nak baju baru kami kena add 10% lagi. Disebabkan out of my budget, saya redha T___T. Ok lupekan drama air mata. Yang membuatkan saya berpuas hati dgn Pondok Pesona, owner bridal tu bagi penerangan tentang pakej², hasil kerja dan harga yang ditawarkan memang tiptop ah! Satu persatu dia terangkan sampai kami tak sempat mencelah. Nak tanya soalan pon da tak bole pikir nak tanya ape. Siap bagi teguran tips pada kami lagi "Liza jaga tummy awk, jangan minum ais. Makan ais takpe". "Hafidz awak kena work out sikit. Badan slim sangat".
Hari Ahad pula, kami bz cari barang² hantaran. Dari lepas tunang lagi kami da cari sikit² tapi susahnya nak jumpe yang berkenan. Semalam la baru jumpe barang² yang kami cari. Perfume, Kasut & handBag en. tunang dan Cincin saya. Itu pun da berapa buah shopping complex kami ziarah. huhu.. Yang pasti kasut idaman saya tak jumpe lagi T______T. Hai kasut mane kau hah? Main sembunyi² ibu ke?
p/s: Harap² ade la baju yang ikut piawaian color theme kami (silver/merah).
p/s lagi: Alhamdulillah lega sikit dah booking bridal. Sekarang ni tinggal nak survey photographer pulak. Da jumpe yang berkenan. Tapi harus difikir semasak²nya.
Posted by Haliza Haron at 3:30 PM 4 ucapan cinta
Labels: Wedding
Semalam, 09.09.09 agak² ade tak orang nikah? Tertanya² jugak. Kot la ade yg nikah ke. Tarikh cun la katakannn...
Ok la bukan nak cerita pasal tarikh. Ni nak cerita, semalam saya dan en.tunang berbuka kat Jusco Tebrau City, sambil tu ade misi lain jugak. Mengusha kasut hantaran, nikah & raya. Banyak betul. hehe.. Tapi lebih kepada kasut nikah sebenarnya yang lain tu menyambil jer. Puas la round satu Jusco tapi takde yang betul² berkenan kat hati. Bak kata orang, kalau tido pun bole sampai mimpi² kasut idaman. Yang berkenan sikit² tu ade la. Kat vincci, pattern da ok tapi heels pulak, sangat tinggi dan halus je. Macam tak confident je nak lari jalan. Saya lebih prefer wedge sebabnye stabil je rasa bila dipakai.

Ciri yang lain pulak, saya suka yang jenis tak tertutup sangat atau yg open sangat. Rekaan Stuart Weitzman(gambar 1st) ni da perfect bagi saya. ^__^ Ade jugak teringin nk bling² sikiittt jek. Saya tanya pendapat en.tunang, dia jawab "ala sayang beli la keronsang pastu tampal kat kasut nikah" Senang kan jawapan dia? Dia da penat la tu cari kasut saya. Lelaki ni asal bole je kan? Tapi time cari kasut hantaran dia, tuhan jer la tahu dia punya cerewet. Pujuk² pun tak makan saman. Yang paling geram dia bole ckp "ni baru cari kasut, belum lagi cari cincin. Nanti cari cincin, jangan pulak macam cari kasut" Halus jer dia punye sindiran. "Baiklah" itu je la jawapan saya. Nak bertomoi gaduh karang kurang pahala, sabar jer la.. T____T
Kat sini ada tips² memilih wedding shoes. Harap dapat membantu. :)
p/s: Ada tak yang nak rekemen beli kasut kat mane?
Posted by Haliza Haron at 4:22 PM 6 ucapan cinta
Labels: Bridal Shoe, Outfit, Wedding
Sangat la menawan kalau si pemakainya adalah saya. Bagilah chance saya berangan sikit, sebabnya saya 
Tengok yang close up sikit. Nampak tak? Saya suka sangat bahagian lace kat baju Maya Karin. Mungkin yang ini sesuai dengan jenis kain nikah saya. Tapi bahagian kain saya taknak meleret² macam maya karin. 
Credit to aimie. Gojes kn? Yang ini pun saya suka jugak but just wonder bahagian kain tu jenis kain apa ek? sesiapa yang pakar kain, tukang jahit atau yang buat assignment pasal kain ke bole bagi tahu tak? Please! Please! Please!!!!!!Posted by Haliza Haron at 1:37 PM 2 ucapan cinta
Lamanya tak update blog. Lagi pun macam blur dan tak tahu nak update tentang apa. Rasanya lagi best baca blog kawan². Huhu..
Kali ni saya nak membebel pasal color untuk resepsi saya. Lagi enam bulan lebih tapi satu color pun saya tak pilih lagi. Ni lah akibatnya bila rambang mata nak pilih color untuk majlis sendiri. Mula² dulu saya berangan nak pakai color hitam dan putih.Tapi bila saya rasa da ramai orang gunakan, saya rasa nak tukar pulak.
Posted by Haliza Haron at 1:15 PM 8 ucapan cinta
Labels: Theme color, Wedding
Maaflah lama tak update. Salah satu sebabnya, saya busy sangat. Rase macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Bila nak tiba PC Fair jer, saya jadi lipas kudung. Busy nak design macam² benda.
Kesihatan pulak tak berapa nak memberangsangkan. Klinik da pergi 2X tapi macam takda effect apa². Ke nak cukupkan sampai 3X baru berkesan? Batuk tetap batuk. Kadang rase macam nak kene athma balik.
Preparations untuk wedding kami masih tertangguh. Tarikh sudah dibincangkan. Alhamdulillah!
Lega sikit. Cadangnya 3 majlis. 1hari nikah, 1hari reception belah saya dan 1hari bertandang belah lelaki. Mungkin selepas raya, baru la kami bergiat cergas untuk membuat preparation.![]()
Help me: Ade sesiapa nak cadangkan bridal mane yang servicenya tiptop dengan harga yang berpatutan. Area JB yek.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
*Update: Korang rasa better ambil 1 bridal untuk semua majlis ataupun lain² bridal untuk setiap majlis? Kawan saya kata, better ambil bridal yang berlainan, sebabnya kalau ambil yang sama, ditakuti cara sentuhan make up sama sahaja untuk ketiga² majlis. Ada betulnya juga tapi ada sedikit pembaziran kot bagi yang majlisnya sama kawasan seperti saya. Ini hanyalah pendapat saya. Korang jugak bole bagi pendapat. Sila lah jgn malu².
Posted by Haliza Haron at 3:05 PM 8 ucapan cinta



Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com