24 July 2009

Tentang Warna Tema

Lamanya tak update blog. Lagi pun macam blur dan tak tahu nak update tentang apa. Rasanya lagi best baca blog kawan². Huhu..

Kali ni saya nak membebel pasal color untuk resepsi saya. Lagi enam bulan lebih tapi satu color pun saya tak pilih lagi. Ni lah akibatnya bila rambang mata nak pilih color untuk majlis sendiri. Mula² dulu saya berangan nak pakai color hitam dan putih.Tapi bila saya rasa da ramai orang gunakan, saya rasa nak tukar pulak.


Saya pilih 3 warna. Hitam, putih dan Merah. Macam tamak pulak pilih 3 warna sekali. Bukan apa, pada saya ada color merah nampak sedikit ceria antara color hitam dan putih.

Tapi semalam, saya blog walking kat blog The Perfect Palette lagi la membuat kan saya rambang mata. Semua color yang dipadankan nampak perfect sangat. Rasa macam nak pkai warna warni pulak.
ihikhik



Jalan punya jalan lagi saya ternampak gambar yang kat atas nih. Macam nak tukar lagi ke color Silver/Grey dan merah. Nampak pun macam menarik jugak. Merah rasanya dah final decision. Merah itukan cinta. Haha.. Tapi confius nak dipadankan dengan color apa. Silver/Grey or Black & White?

Bertandang kami da sepakat nak pakai Putih. Nampak suci je. Dah tak payah pening² pikir nak color apa.




Tapi kalau saya berani. Saya teringing nak guna 4 colors sekaligus. Black, White, Red & Purple. Rasanya tak kot. Berangan je ni. Ok yang ni da start untuk merepek. Baik saya sambung buat keje. Ni pun curi² masa untuk update blog.

Sebelum tu nak tanya korang da pilih ke color idaman kalbu?love bagi yang belum, saya recommended ke blog
The Perfect Palette biar kita sama² rambang mata.around

Ok la jumpe di lain entri. Daaa~

17 July 2009

KeBUSYan *Update

Maaflah lama tak update. Salah satu sebabnya, saya busy sangat. Rase macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Bila nak tiba PC Fair jer, saya jadi lipas kudung. Busy nak design macam² benda.

Kesihatan pulak tak berapa nak memberangsangkan. Klinik da pergi 2X tapi macam takda effect apa². Ke nak cukupkan sampai 3X baru berkesan? Batuk tetap batuk. Kadang rase macam nak kene athma balik.

Preparations untuk wedding kami masih tertangguh. Tarikh sudah dibincangkan. Alhamdulillah!
sengihnampakgigi Lega sikit. Cadangnya 3 majlis. 1hari nikah, 1hari reception belah saya dan 1hari bertandang belah lelaki. Mungkin selepas raya, baru la kami bergiat cergas untuk membuat preparation.ihikhik



Help me: Ade sesiapa nak cadangkan bridal mane yang servicenya tiptop dengan harga yang berpatutan. Area JB yek.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

*Update: Korang rasa better ambil 1 bridal untuk semua majlis ataupun lain² bridal untuk setiap majlis? Kawan saya kata, better ambil bridal yang berlainan, sebabnya kalau ambil yang sama, ditakuti cara sentuhan make up sama sahaja untuk ketiga² majlis. Ada betulnya juga tapi ada sedikit pembaziran kot bagi yang majlisnya sama kawasan seperti saya. Ini hanyalah pendapat saya. Korang jugak bole bagi pendapat. Sila lah jgn malu².

11 July 2009

Cuti

Morning(eceh). Selamat beristirehat di hujung minggu. senyumkenyit Rehatkan minda dan juga rehatkan badan setelah 5 hari membanting tulang. Kepada yang bekerja hari sabtu, selamat bekerja.




Hai nama saya Black. Saya sedang berehat

08 July 2009

Minggu yang teruk

Minggu ni adalah paling teruk. Semua serba tak kena. Terutamanya di office. Kene marah tahap dewa. Sampaikan meleleh air mata. Cengeng. Haha..

Sekarang ni sindrom nak berhenti kerja menular di office saya. Tak Tahu la kenapa. Tahu sebenarnya cuma malas nak ambil port. Department saya je 2 orang sekali nak berhenti. Manager pulak tuh. Sorang lagi junior saya. Haih!! nampaknya makin bertimbun la kerja.tension Bertambah la jugak tension.

Kesihatan pun sedikit terganggu. Mungkin stress sangat kot (memandai jerk akuh).
Nak MC takut kerja tak boleh siap. Harap² cepat sembuh. Duduk rumah tapi otak tertinggal di office pun tak guna. Dalam pada tak sihat ni sempat pula edit gambar weekend lepas. Hehehe.. Ini salah satu ubat jugak.


feeling² romantik jap.



Ini adik lelaki saya.
Abaikan seluar bintang² dia.



Tak tahu motif gamba. Haha..


Ada banyak lagi tapi lambat nak upload. Nak tunggu malas. Saya nak balik ni. Dapat permisi dari manager. Daa~ babai


04 July 2009

Wedding Tag From Ms.Hai

Kali ni saya di tag oleh Ms.Hai. Yok layan. Hehe..


1. How old are you?

ros 25 years 1 months. T__T da tua rupanya

2. Are you single?
ros Yes, single but not available. Sila muntahbusuk

3. At what age do you think you’ll get married?
ros Insya Allah 26 years old young.

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
ros Insya Allah with my fiance.

5. If not, who do you want to marry?
ros Silent.xpasti

6. Who will be your bridesmaid or your best man?
ros Still searching for bridesmaid & best man. Ada sesiapa ke yang sudi? Kena Advertise ni.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
ros Traditional Malay wedding.

8. Where do you plan to go for honeymoon?
ros Wajib ke honeymoon? haha

9. How many guest do you think you’ll invite?
ros Around 3K. Banyak kawan ayah je. Mungkin bole buat gathering sekali. T__T *nangis lagi

10. Will that include your exes?
ros Exes? Sorry, not in my guest list. Kesian kan?

11. How many layers of cake do you want?
ros 2 layer enuf! Tak baik membazir

12. When do you want to get married? Morning or evening?
ros Maaf takda aturcara lagi. Tiada jawapan untuk soalan diatasihikhik

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
ros Aku Mau by Once dan banyak lagi. Hehe

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
ros Normal dining. Apa² je lah.. Asalkan jangan guna kaki ayam sudah..

15.Champagne or red wine?
ros Bandung soda.

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
ros After we have baby. Bole? Suka lari dari soalan tau.

17. Money or household items?

ros Both

18. How many kids would you like to have?
ros 3 or 4. Saya terima rezeki dari-Nya.

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
ros Nope. Just record in our memory.

20. I want to know their wedding plans:
ros Fizzah
ros Fuchsia~
ros Eita
ros Iieta
ros Anyone sengihnampakgigi


Ok la, itu saja jawapan merepek saya untuk Wedding tag. Tiada paksaan untuk sesiapa yang kena jawab tag ini.
















Amaran Keras: Sila jawab tag ini





Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........................


03 July 2009

Selamat Hari Lahir Ibu

Jumaat, 3 Julai 2009 adalah hari lahir ibu saya yang ke-50. Masih kuat, masih cantik dan alhamdulillah masih sihat. Rasanya takda acara potong kek mahupun birthday party. Sekadar makan malam di luar. Hari ini off untuk memasak. Siapa belanja? Birthday girl la belanja. Girl lagi ke? Hehe.. Hadiah pun saya still tak pikir lagi nak bagi apa? Macam nak bagi hadiah kasih sayang. OK tak? ihikhik

Semalam bincang² nak pilih makan kat mana. Bila da dapat tempat nak makan, ibu saya suruh ajak sekali tunang saya join. Call En.B..

Saya: Hello.. B, ibu ajak join dinner sekali. Ok?

En.B: Hah? Dinner? Malu la..

Saya: Ala, ibu da ajak lagipun esok harijadi ibu.. Jom la eh.. tak payah la nak malu².

En.B: Hurmm.. Ok lah.

Saya: Ok. Jangan lupe bawa hadiah sekali tau. Haha..

En.B: Sempat ke nak beli hadiah? (dia da kelam kabut. Hehe)

Saya: Hehe.. mana tahu. (Saja menyakat)

En.B: Emm.. OK la.. Esok B try cari ok.

Saya: Ok Bye.

Saya memang suka menyakat. Suruh beli hadiah untuk ibu. Jahat ek? Hehe.. Saya bagitahu ibu yang saya suruh tunang saya belikan hadiah. Ibu beriya² cakap tak payah belikan apa². Saya tahu, walau saya hadiah kan sebiji bungalow mewah pun masih tak dapat nak balas jasa ibu. Apa lagi kalau saya hadiahkan Mercedes-Benz macam Nana AF lagi la saya tak mampu.

Ibu, Selamat ulangtahun yang ke-50. Moga dipanjangkan umur, sihat selalu, diberkati rezeki, bahagia didunia dan diakhirat kelak. Terima kasih untuk segalanya.

Gambar kami sekeluarga. Opp.. Adik lelaki saya tiada dalam gambar la pulak.

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com