24 December 2010

Fade up

Emosi.. emosi.. emosi..


Aku tak tahu la nak cerita/mengadu kat siapa, kat mana patut luahkan..
Dah cuba bersabar tapi ada limitnya..




Tuhan, tolong tebalkan kesabaran saya lagi....

01 December 2010

Pertanyaan kali kedua buat aku R.I.M.A.S lah!

Huh! sebulan sekali baru ada update kat blog ni. Dah makin malas nak taip, dah makin malas nak login blogger. Hanya tahu nak login Facebook je.. Haha..

Ok². Sebelum banyak dan panjang lebar punya alasan saya bagi, baik teruskan apa yang nak cerita ni.

Alkisah...

Ini kali kedua soalan yang sama dari orang yang sama pada ulangbulan yang ke-6 yang lepas. Alah macam biasa lah kalau dah kahwin tapi takda lagi tanda² kehamilan. Agaknya terlebih risau kot aku ni berdua berkepit je dengan laki. Saya ni takda lah marah kalau orang tanya. Tapi lebih kepada R.I.M.A.S. Tanya sekali cukup la. Lagipun kau ada mata, pandang la dengan mata kau. Agak² perut saya ni boyot. Ada lah hasilnya tu. Bila tengok saya ni slim je tu tandanya rezeki belum berpihak pada saya. Siapalah yang tak mahu zuriat sendiri. Aje gile!

Saya ni walaupun tanda² hamil tu takda lagi, tapi dah over excited tengok² baju baby kat blogshop, borak² & berangan² dengan husband nak anak berapa orang, nak namakan apa. Macam² lah. Nasib lah berangan tu FREE. Nasib baik jugak la berangan tentang anak takda tumbuh jerawat. Haha!

Eh! kalau tumbuh jerawat tu maknanya kuat berangan ke?

Da mula nak lari tajuk la tu..

Lepas beli sarapan tu saya bergosip & bercerita dengan husband yang akak jual nasi lemak tu tanya LAGI soalan cepumas tapi kali ni berpakej. Berpakej tu ala² mengkondem. Dia tak kondem saya tapi dia kondem diri sendiri dan jugak melemahkan semangat orang yang dengar (saya la tu). Akak tu cakap, nanti kalau dah ada anak rasa malas nak bersama dengan suami. Seminggu sekali pon dah malas (Apakah? Pemalas betul la akak ni). Akak tu cakap lagi, rasa dah tak seronok macam mula² dapat dulu (?) (Hah? apa yang akak tu dapat masa mula² dulu?). Banyak lagi la yang dia pot.pet.pot.pet tapi malangnya saya tak amik port sebab macam tak beri apa² input langsung yang dia pot.pet kan itu.

Tapi saya diselamatkan dengan kata² dari akak jual roti jala. Akak yang jual roti jala ni saya agak dia Indonesian bukan Indomie tau. Sebab ada slang jawa pekat sikit. Akak roti jala (suka-suki je beri nama) ni pun kahwin dalam 1½ tahun tapi masih belum ada anak lagi. See orang yang da lama kahwin pon belum ada rezeki lagi. Akak roti jala tu cakap "Jangan lah cakap begitu, mudah²an bertambah seronok la bila dah ada anak". Ya Allah, sejuk hati saya dengar. Positif betul akak yang jual roti jala tu.

Itu la MELAYU suka kondem² dan lemah² kan semangat orang (Bukan semua tapi ada yang sama fikiran macam akak jual nasi lemak). Saya yang belum setahun jagung kahwin ni masih banyak lagi ilmu² yang belum diceduk. Masih banyak lagi yang perlu belajar. Saya jadi takut kalau ada yang kondem² macam ni. Terdetik jugak dekat hati ni. Betul ke? Akan jadi ke macam tu bila dah ada anak? Suami jalan sebatu kedepan. Isteri dan anak terkedek² jalan kat belakang. Pernah nampak kan?




p dot s: Post kali ni macam tersama pula dengan June. Situasi je berbeza tapi kejadian yang sama pada ulangbulan yang ke-6. Agaknya bulan ke-6 ni orang sekeliling da mula bzbody.


02 November 2010

Status facebook


P. Ramlee's Story


P. Ramlee's Story


Fruit's Story


Puteri Gunung Ledang's Story


Malaysia's Story



Menarik kan? Sangat la creative GiantPolar ni. Rasa macam tak terfikir pulak dengan status² kat facebook ni boleh buat bahan gelak & boleh lepaskan tension jugak. ehehe..


Nah saya bagi link blog dia : http://funny-profiles-story.blogspot.com/


22 October 2010

Kad Kahwin: Eco Friendly Theme

depan.belakang

belakang.depan
(*.*) tak tau yg mane satu depan, mana satu belakang

Sampul surat beserta setem mahal


Bukan kad kawen saya tapi saya sangat berkenan dengan kad kahwin kwn saya. Paling unik pernah saya dapat. Bukan yang lain² tu x unik. Kad kawen yang pernah saya dapat dari kwn² semuanya cantik & best². Teruja ai.


Kalau kita tengok sekali imbas memang nampak biasa saja. Sama macam kad² kahwin yang lain. Tapi kenapa saya kata yang ini unik? Sebab kertas yg digunakan ala² kertas recycle. Tak tebal.
Standard kertas A4 100gsm. Bukan art card pun, ape lagi nak ada UV Finishing / Matt Lamminate. Dapat bayangkan?


Sgt sesuai pada sesiapa yang sukakan simple tapi menarik. Yang penting menepati budget di pocket. Tepuk poket tanya harga. HAHA..


Walaupun kad ala² recycle tapi envelope tetap tak mau kalah. Bercetak you. Hehe..
Saya dengar² kalau sampul bercetak ni harga setem mahal dari sampul kosong. Betul ke?




12 October 2010

Al-kisah

Uih! lame bebeno tak update. Saya sebenarnya malas. Ade cerita tapi malas nak buat ayat. Nak buat rangka esei pon malas. ahaha.. Rase mcm nk tutup blog pun ye. Saya hanya rajin baca blog kwn² je. Setiap hari pon dok tunggu kawan² update. Kalau deorang tak update rase mcm nak sound je suruh update. Ampunnn..

Minggu lepas saya & suami layan midnight movie. Since dah lama gile tak tengok wayang, tu yang layan movie tengah² malam baru syok. Tapi ni bukan nak cerita saya tengok movie ape @ jalan cerita movie yg saya tengok. Eh sama je kan maksud dia? Apa² je la..

Biasanya tengok midnight movie ni yang couple² kan. Ada jugak husband & wife macam kami. Ada jugak yg heret bawak anak bukan macam kami. ahaha..

Masa tengah tunggu nak masuk wayang tu saya ternampak la satu awek melayu ni perrghhhh!!! sexy abis. Terpaling sexy la malam tu. Pakai dress macam nak tersembul tet*k(haha). Tak sejuk agaknya tengok wayang malam² pakai baju camtu (ke ade yg tukang panaskan?). Ok la bersangka baik. Mungkin laki bini.

Ok, saya bukan nak cerita pasal awek tu. Tapi da tercerita pon. ahaha.. Yang saya nak cerita nya ni pasangan awek tu @ bf awek tu. Sebelum masuk wayang, saya mmg akan ke ladies dulu. buang ape yg patut supaya masa tgk movie dapat tumpukan perhatian. Bila saya da setel, saya tunggu husband saya pulak. Saya tunggu dekat jugak la dengan bf awek sexy. Kire same² tunggu. Masa tengah menunggu, bf awek sexy tu terserempak & borak kejap ngan kwn dia.

kawan : tu awek ko ke?

bf awek sexy: a'ah.

kawan: bini ko mane?

bf awek sexy: aku letak kat umah mertua aku. (senang je jawapan dia kn?)

kawan: korang ade krisis ke?

bf awek sexy : xder la..


Perbualan yg slumber je saya dengar. Macam tak kisah bini tinggalkan kat umah mertua tapi dia sedap ngan pompuan lain. Macam tak percaya je ape yang saya dengar (sambil gosok² telinga).



Bila saya ternampak awek tet*k tersembul tu saya terfikir. Lelaki yang miang ke pompuan yang gatal?


Dan saya rase macam nak rampas hp pastu call bini dia.

Sekarang, saya EMO gile..


09 September 2010

Minal Aidil Walfaizin syawal 1431


Eh! da nak raya? Rasa terlalu kejap je bulan ramadhan. Moga ibadah puasa kita di terima dan dapat ketemu dengan ramadan lagi.

Tahun ni saya beraya di kampung ayah mertua di Pontian. Sedih jugak bila tak dpt bersalaman cium tangan & berpelukan dengan ayah & ibu di hari raya pertama. Sebak nya dada... T_T

Tahun pertama jugak beraya sebagai isteri. Tahun ni kami beraya sederhana saja. Kami sama² tak apply cuti. Cuti setakat yang ada di kalender je.

Di kesempatan ini, saya ucapkan Salam AidilFitri untuk semua umat Islam yang berpuasa yang tak puasa tak payah raya dan mohon maaf zahir dan batin andai tersinggung dengan penulisan saya. Bagi yang balik kampung, selamat pergi dan balik. Hati² di jalanraya.






kredit flash banner to Ideas.Think.Share

Video #002 : Akan Ku Jumpa - OST Syurgamu Ramadhan


Saya peminat fanatik slot samarinda Syurgamu Ramadhan. Jarang nak missed kecuali tertido ataupun sampai rumah lambat. Kalau termissed saya akan pastikan tengok ulangan masa bersahur. Walaupun da tengok pada pukul 10:30 mlm. Saya akan return lagi. Maksudnya tak jemu² la layan cerita ni. Bila part sedih tu emosi betul. Meleleh² air mata. Hehe.. Nasib baik la berdua je. Tak payah susah² nak cover nangis.

Sape² yang tengok cerita ni pasti tahu kan ending cerita ni macammana? Saya cuma tak puas hati part yassin pujuk isteri dia. Tunjuk gambar je. Tapi dialog dia bikin wa cair wooo... Terus terjatuh cinta dengan yassin. Eh?


Minat punya pasal, saya post skali OST Syurgamu Ramadhan. Layannnnnnnn..


Lirik Lagu Akan Ku Jumpa - Nadia Aqilah Bajuri


Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia, menemaniku

Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu didalam hidupku ini

Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta

Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari
Sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diri Mu ohh..
Dan ku kan terus
menempuh mimpi-mimpiku selalu
Ooohh..

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diri Mu

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayang Mu
Sinar tanpa cahaya dari mata Mu

Ingin ku temu cinta
Untuk mengisi ruang hatiku
Takkan pernah ku berhenti
Mencari....





*Penyanyi asal lagu Akan ku Jumpa adalah Azfar.



10 August 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan


Ini tahun pertama menyambut ramadhan sebagai seorang isteri. Semestinya sangat² teruja.

Dikesempatan ini saya memohon ampun maaf andai terkasar bahasa selama saya berblog sama ada sengaja atau sebaliknya. Saya insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan.


Maafkan saya..


Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan bloggers. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dan diberikan 1001 keberkatan dari-Nya. Amin...


Buat warga Johor, Melaka & Kedah Selamat bercuti. :)

06 August 2010

6 Bulan

Rasa macam sekejap je dah 6 bulan. 6 bulan lagi akan genap setahun. Bila dah 6 bulan kahwin, ramai jugak la yang tanya "da ade isi?". Nak isi yang mane? isi perut? isi babat? Isi tempat kosong? Pilih je jangan malu². Soalan² standard macam ni dah boleh diramal. Kacang sangat! Cuba la bagi soalan² IQ ke soalan² isu semasa ke. Kan lagi mencabar. Haha..


Macam pagi tadi beli nasi lemak (kantoi x buat sarapan pagi), akak tu tanya "kawan ke suami?" Nasib baik la tak gagap² jawab suami. Disusuli soalan standard pulak "dah ada anak?". Saya cakap belum. Tapi nak je saya cakap "dlm proses". Kadang² saya jadi sensetif bila orang tanya soalan mcm tu. Kadang² saya tak amik port. Malas nak layan. Family saya pun takda tanya saya da ada "isi" ke belum.


Yang paling saya ingat sampai mati, masa baru² kahwin duduk dengan mertua. Mertua saya cakap "Jage² jangan sampai terlajak". Maksudnya jangan cepat² dapat baby. Entah la. Saya sendiri pun tak paham kenapa ayat macam tu ditujukan pada saya.


Sedih? Jangan cerita la. Tapi saya rasa saya da kebal sikit dari dulu. Malas nak nangis² ke terasa hati ke apa. Lantak Lah!!


Ok dah habis!






Kejamnya gambar ni. Haha..
Saya senyum, suami berkerut.



02 August 2010

Resepi #001: Udang Masak Pattaya

Sejak dah berkahwin ni, rasa macam tak percaya saya boleh masak. Boleh masak ye bukan terror masak. Dulu, masa bujang saya tak pernah pun masak untuk family. Bukan malas tapi belum ready terima kritikan dari ayah saya. Saya jenis cepat fade up kalau orang kondem. Silap² saya terus taknak ke dapur. Boleh?

Bila ayah saya turun dapur, saya lah yg akan dipanggil utk tumbuk lada ke bwg ke. Lepas tu jd tukang rasa masakan dia. Ala² ketua chef gitu. Padahal, masak pun tak pernah. Ceh!


Kalau orang lain rindukan masakan emak, saya pulak rindukan masakan ayah saya. Dia masak apa pun tetap sedap. Tak pernahnya lauk tu membazir. Lelaki kalau masak memang sedap kan? Chef pon byk lelaki.

Ok lah tak nak bebel panjang², saya nak kongsi dengan korang resepi Udang masak Pattaya. Resepi ni saya jumpa di blog Hana's Family. Tuan punya resepi gunakan lala tapi saya tukarkan dengan udang.

Selamat Mencuba!



Bahan-bahan:

  • 1/2kg Udang
  • 3biji cili hidup ditumbuk kasar
  • 3biji bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 ulas bwg besar
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 batang serai dibelah 4 (saya ketuk je)
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato/sos cili
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 gelas air (ikut kepekatan kuah)
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak (ikut anggaran masing²)
  • Daun bawang (saya tak letak sbb sold out)

Cara memasak:
  1. Tumis serai hingga wangi.
  2. Masukkan halia dan cili yang ditumbuk bersama bawang putih.
  3. Masukkan sos tiram dan sos cili/sos tomato.
  4. Masukkan gula secukupnya kemudian masukkan udang.
  5. Masukkan daun limau purut, bawang besar dan kacau hingga rata.
  6. Perahkan limau nipis dan masukkan tomato yang dibelah.
  7. Rasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam (Sos tiram dah berikan rasa masin pada masakan).
  8. Hidangkan dengan daun bawang.



29 July 2010

Best sangat ke saman-menyaman?

Zaman sekarang ni suka-suki je nak menyaman orang kan? Dan perkara ni dah pun jadi kat family aku. Dia BERANI saman ibu aku. Berani kau eh?

Halnya macam ni, ibu aku sewakan rumah lama kami pada penyewa bodoh mcm lembu. Sebelum kami pindah ke rumah baru, memang ramai yang usha & tanya nak menyewa rumah lama tu. Yelah masa tu belum pindah, takkan nk sewakan. Bila da selesai pindah rumah baru, si penyewa bodoh ni pon terkedek-kedek datang tengok rumah dan terus nak sewa. Sebelum tu aku dah nasihat kan ibu aku buat surat perjanjian sewa rumah. Tapi benda da nak jadi, ibu aku terus deal dengan penyewa tu tanpa apa² perjanjian. Dengan bayaran yang tak penuh (ada lagi tunggakan) & kepercayaan yg tinggi pada penyewa tu, ibu aku serahkan kunci rumah.

Sebelum penyewa tu masuk, ibu aku dah bersih² kan keadaan rumah, da sental bilik air, da cat dinding rumah. Kita nak bagi orang sewa, mesti lah kita bagi yang terbaik. Bukan main taram je.

Tapi! bila sampai masa penyewa tu dah masuk rumah, terus dia call ibu aku untuk batalkan sewa rumah. Dan² tu juga minta balik duit sewa. Padahal tak sedar diri ke duit sewa pun tak bayar habis? Ibu aku slow talk tanya kenapa tak puas hati ke? Dia bagi alasan dia geli dengan lipas dan cacing dan dia cakap rumah kotor sebab tu la ada lipas & cacing. WTF............ Aku geram sangat dengan statement dia ok. Macam vavi. Agaknya kalau kat rumah family dia ada lipas @ cacing terus lari rumah. Bodoh bertingkat²!

Hari tu aku duduk hotel seminggu teman laki aku ade program. Maksudnya seminggu la kan aku tak balik rumah. Bila da balik rumah, da mandi ape semua, aku tengok kat bilik air macam ada pesta cacing. Sana sini cacing berjoget². Selama seminggu jugak aku hadap pesta cacing tu. Tapi aku paham la kenapa kan. Takda pon nak komplen ke nak saman tuan rumah. Curah aje la asid. Pandai² la kita nak uruskan. Kalau tak nak sangat ade cacing ke lipas kat rumah, sewa rumah atas langit dengan ayahpin.
Aku rasa rumah pangsa tingkat atas pun ade lipas & cacing. Atau pun ko sewa rumah orang² kaya. Habis cerita.




Eh²! belum abis cerita.

Ok sambung. Penyewa tu call dan mesej ibu aku mintak duit sewa balik. Ibu aku pun ade timbang rasa juga, dia setuju nak pulang kan duit sebln sewa tapi deposit tu burn. Yang aku tau deposit tu kite memang tak bole ambil tapi kite bole duduk sebln free gune duit deposit tu la. Sebab aku sewa rumah, mcm tu la yg ditetapkan tuan rumah. Mulanya dia setuju tapi entah ape yang rasuk si lembu tu, dia terus cakap nak saman ibu aku kalau semua duit sewa tak dipulangkan. Ibu aku punya takut tak payah cakap la. Nasib baik HERO ada kat sebelah. HEROnya ayah aku la.

Bila tiba je surat saman, ibu aku jadi takut lagi. Tapi keadaan dapat dikawal. Since ayah aku pun bekas polis & dah lali turun naik mahkamah, so dapat la gunakan pengalaman dia. 2 kali ibu aku turun naik mahkamah. Aku sedih bila aku tak dapat nak temankan ibu aku. Tinggal pon da tak sebumbung. Jadi aku hanya bole call je. Jumpa pun hujung minggu. Bila semalam aku call tanya kan hal ni. Alhamdulillah sangat IBU AKU MENANG dalam kes ni. Allah lebih tahu. DIA nak tunjukkan siapa betul siapa salah. Ini baru kat dunia. Tunggulah balasan kat akhirat nanti. Doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul, insya-Allah.


Last² satu sen pon ko tak dapat duit sewa tu balik kan? Rugi lagi ade la. Turun naik mahkamah bukannya free. Ditambah dengan malu sebab KALAH kes lagi. Ape cer? Aku cakap ko bodoh bertingkat-tingkat jangan tak terima pulak.

Ibu saya da dapat penyewa yang jauh lebih baik. Moga rezeki untuk keluarga kami sentiasa diberkati-Nya. Amin~





PdotS: Sorry :( saya bahasakan diri aku. Sebabnya saya tak boleh tahan dengan orang yang berani buat jahat kat ibu saya. Dia bernasib baik tak deal dengan saya, kalau saya jumpa dia, tahu la ape saya nak buat. Wa tengok lu besar kecik, besar kecik je der.


23 July 2010

Video #001 : No pork at all

Salam Jumaat,

Nak kongsi ngan korang video yang saya jumpa di youtube. Tapi tak tawu la kalo korang da penah tengok. Kalau belum tengok, cekidaut.
















Hahahahaahahahaha.... ok stop gelak!

Ape macam? Gelak tak?
Jahat kan mamat cina tu? Siap plan nak record tapi kalau dia record sekali reaksi mat india/bangla/nepal tu mesti lagi best. Ahaha..

Saya asik ulang je dialog 'ello sir!' & 'No pork at all' pekat gile slang dia. Ahaha.. Gelak sampai sakit perut.

Wujud eh RK House ni? Ada sesiapa penah pergi makan kat RK House? Jangan malu² bgtau saya sebab saya ada satu permintaan. hehe..


13 July 2010

Kad Nikah

Masha Allah, lebarnya senyum

Salam,

Lamanya tak update. Kali ni update pasal kad nikah bagi warga Johor. Alhamdulillah semalam kad nikah kami dah selamat sampai ke tangan kami. Berdebar juga, mana tak nya sampai surat tapi SALAH ejaan nama saya. Sepatutnya Siti Haliza tapi ditaipnya PUAN SITI HALUZA. Bikin hati wa panas der. Ke ko taip surat sambil pejam mata?


Proses untuk membuat kad nikah ni simple sangat. TAPI nak menunggu kad siap ambil masa EMPAT bulan ok. Lama kan? Kalau yang bunting pelamin tu, da masuk ke trimester kedua baru kad siap. Tapi rasanya lain negeri, lain tempoh siap kad.


Bila kad siap, senang la nak berjalan & check-in hotel kemana pun. Tak payah da bawak sijil nikah sebesar alam size A4 & dah boleh simpan baik² di dalam almari.


Sesiapa yang belum apply, silalah apply dan pastikan maklumat di isi dengan betul. Kalau salah alamatnya tunggu 8 bulan baru dapat kad. Yang dah beranak-pinak pun masih boleh apply. Sila bawa 2 keping gambar isteri, 2 keping gambar suami beserta RM30.00 untuk 2 kad. Cepat²! Selagi stok masih ada!



Selingan:

Saya postkan status ini di FB saya:
Ini feedback dari kawan saya:
nak marah pun macam tak jadi.



p/s: kawan saya punya kad nikah tersalah no i/c 4 digit di belakang. Nak bersabar ke nak mengaruk?


31 May 2010

Hari Jadian

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri ^_^








p dot s: rindu kat my anak bulu kucing.


26 May 2010

Sebalik kegembiraan terselit kesedihan

Iye! tajuk agak drama sikit.

Semalam gembira, semalam jugak sedih. Nasib baik ada anak bulu yang menghiburkan.



Memang mertua tak boleh ngam-ngam ho eh dengan menantu? Terutamanya menantu perempuan? Mesti cakap lepas je ke?







Kecik ati ai tau! Ke aku yang terlebih EMOticon?

25 May 2010

Anak Angkat

Anak angkat?

Ye! saya mengangkat anak mengambil anak angkat 'bulus' petang ni. Sangat² la tak sabar. Harap anak 'bulus' sesuai & selesa tinggal bersama kami. Dah berangan jadi ibubapa kucing.

Rasa macam nak lompat bintang bila proposal membela kucing saya telah diluluskn oleh en.suami atas alasan buat peneman saya bila en.suami outstation. Terima kasih en.suami. I l♥
♥♥♥♥ve u.. mmuahh²!!


Ini adik bongsu 'bulus' kesayangan saya.
Namanya Black.
Dah besar panjang tapi katek.





Ada sesiapa nak suggestkan nama anak bulus kami?
Jantina: Jantan perkasa.
Jenis: Siam



05 May 2010

Adakah? (ii)

Sambungan dari entri semalam...

Isteri: B da tak payah gi KURSUS KEBAPAAN.

Suami: kenapa?

Isteri: "kawan baik" sayang da datang :(

Suami: Alaaaa...(reaksi Alaaa ada 2 maksud ni. tapi di cover dengan ayat berikut) baru ingat nak bagi tau arep(bespren) yg B mungkin nak jadi ayah.

Isteri: Da bersedia ke nak jadi ayah? Tahu ke nak pegang baby?

Suami: B da pernah la pegang baby(ckp dengan penuh confident). Tapi B memang nak gi jugak KURSUS KEBAPAAN la. Ok tak?

Isteri: OK sangat²!!.. *senyum²
________________________________________________



Isteri mana lah yang tak happy bila suami ada initiative untuk membantu dan meringankan tugas isteri. Tak kisah lah dari segi apa sekali pon. Betol tak?

Bila dah kawin ni, kalau "kawan baik" tak datang @ lambat datang agak teruja jugak. Tapi saya tidak la terlalu excited takut rezeki itu tidak menyebelahi kami akan kecewa. Apa² kami berdoa & berserah pada-Nya.

Agak lucu jugak bile tengok reaksi suami. Macam² ada. Terkejut, terkujat, senyum simpol tapi rasenya lebih terkejut kot. Belum apa² lagi siap ajak saya gi klinik. Nak check up. Haha.. Pregnancy test pun saya tak buat lagi(takot + malu nak beli). Saya cakap tunggu lagi 1 minggu. Lagi pun saya baru lewat 1 minggu.

Tup² lepas publish entri semlm, pergi toilet tengok dia terus datang.
Haih!! tape la cuba lagi.


04 May 2010

Adakah?

Di suatu petang, sedang berjalan² sepasang suami isteri berbual.


Isteri
: B, bulan lepas "kawan baik" sayang tak datang.
Suami: Hah? Abis camne? *muka terkejut
Isteri: Nape? Risau ke? Bukan takde bapanya kan?
Suami: Kalau camtu B kena gi KURSUS KEBAPAAN lah camni.
Isteri: hahaha..
Suami: Nape? tak betul ke?


Isteri terus gelak dan gelak dan gelak dan gelak...






p/s: Ada ke kursus kebapaan?



25 March 2010

Anugerah Terhormat

Fuh! Fuh! *Tiup habuk. Sori da lama tak update. Update ni pun sebab dapat award dari cik Mazni yang bakal naik pelamin bulan Mei. ^___^ i loike.



Mekasih Cik Mazni sudi bagi saya "Anugerah Terhormat". Ini kali pertama saya dapat award sepanjang berblog. Sangat² terharu dan happy. Rasa macam menang award besar pulak. hehe..

Ok, saya kena bagi award ni pada 20 rakan yang lain. Drum roll please!!!

1. Fuchsia
2. Mizz Eyta
3. June
4. Mrs. Aisheiteru
5. Thalha
6. Durruz
7. Surya
8. Bunga Kristal
9. Fashya
10. Jiha
11. Miss Yanz
12. Modusoperandi
13. Afira
14. Ms. Hai
15. Stunning-pinkybride
16. Yunayuni
17. Yuny
18. Lynda
19. Frieda
20. Kak Nino


Sekian.




p/s: Tak sabar nak tunggu dapat album. Da ada gambar baru seronok nak story-mory.

25 February 2010

Tag dari Surya Rahman




1. First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
- Kat bus stop. Kami 1st date naik bus oke. Sama² takde lesen, sama² takde kereta. Salah satu moment yang tak mungkin saya lupakan. ^__^



2. Love at first sight?

- Tidak kot.



3. Who is he when the 1st time you met him?

- Seorang lelaki takkan la maknyah pulak.



4. How long it takes for him to ask you out for a date?

- Lebih kurang seminggu @ 2 minggu baru kami decide nak berjumpa. Itupun saya yang bagi hint. Eh! terkantoi



5. First place dating?

- Jaya Jusco Tebrau City.


6. How he proposed?

- Proposed? Bertuahnya kalau ada adegan proposed. Kami faham² sendiri sudah. Tiba² dia suruh saya kira budget kahwin. Terkulat² aku.



7. Special date with your hubby?

- Setiap hari adalah istimewa.



8. Changes that he asked you to do?

- Control tahap hangin satu badan saya.



9. What is about him that you love so much?

- Semua tentang dia saya suka, saya sayang & saya cinta.



10. What is about him that you wish he would change?

- Bentuk badan. Boleh? Saya teringin tengok dia berisi sikit sbb saya sangat² lah jeles dengan kerampingan pinggang dia. Pinggang idaman tuuu..



11. You will lose your mind and crack your head when he..

- Takde disisi saya. Bikin guwe jadi sasau. Huhu..



12. You will smile through your eyes for the whole day when he....

- Compose lagu untuk saya. Senyum sampai ke telinga mcm Joker
.


13. Complete below sentences, "My love towards you hubby is as big as...."
- Tiada perbandingan. Harap Maklum! Skema nya ayat aku.




Sesiapa yang rajin nak buat tag ni dipersilakan. Takde sebarang charge dikenakan pun :P

22 February 2010

Majlis Bertandang

Alhamdulillah, Majlis Bertandang pada 13 Feb 2010 yang lalu berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada family in law saya yang bertungkus lumus dan bekerja keras untuk menjayakan majlis ini.

Tema untuk majlis bertandang kami, putih dan merah jambu(pink). Semestinya bride & groom memakai baju putih. Gile ko nak pakai pink? Muncung sedepa la mulut laki aku nanti. Tak macho katanya. Hihi..

Untuk Majlis Bertandang saya sangat² berpuas hati untuk keseluruhannya. Terutamanya photographer lah. Peramah, baik hati tambah frame dan gambar lagi 1, mesra alam dan banyak bagi tips² untuk berposing. Maklum lah saya ni kaku + malu² meow. :P

Nah saya bagi sikit dulu. Tapi memang saya dapat sikit je pon :P


Lokasi: Bukit Layang², Pasir Gudang


Sila pandang lighting untuk aksi ala² model majalah. Ini tips dari photographer kami tau :P


Agak berdebar juga nak post gambar ni. Tapi disebalik gambar ni sebenarnya kami sedang berbual. Percaya tak?


Omaigucci!
Perut aku. Tak dapat nak cover lagi dah!




Credit picture to Lensa Melayu





p/s: Mood nak story-mory tentang majlis belum datang. Tapi ada banyak yang nak dikongsi sebelum basi. :P

12 February 2010

Adat itu keperluan atau menyusahkan?


Saya mengaku saya seorang yang tidak berapa mendalami adat² melayu. Lagi² adat dalam perkahwinan terutamanya. Bukan itu aje. Banyak lagi adat² yang mungkin saya tak tahu. Yelah orang dulu² kan penuh dengan adat.

Saya sedikit konfius dan terasa hati bila saya tidak dibenarkan datang ke rumah mertua hanya disebabkan majlis bertandang belum selesai. Saya datang bukan untuk tidur atau bermalam tapi untuk menemani suami dan juga saya boleh tolong sedikit apa² yang patut kerana rumah mertua saya mengadakan kenduri doa selamat.

Ada sesiapa yang boleh terangkan dalam bab² adat macam ni?
Atau mungkin ada hujah yang boleh menegakkan alasan adat tersebut? Saya betul² ingin tahu apa kesalahan jika saya turut serta dalam majlis doa selamat itu?

Relevan sangat ke nak apply adat tersebut jika Majlis Bertandang akan diadakan sebulan atau mungkin berbulan² selepas majlis bersanding pihak perempuan? Kalau macam tu, tak payah jenguk mertua berbulan² la eh? Atau pun ada istilah "Awak ziarah rumah mama awak, saya balik rumah ibu saya @ saya duduk rumah sendirian". Macam tu ke?

Maafkan saya. Sedikit emosi bila menaip entri ni.





Saya sangat² inginkan jawapan persoalan diatas!
Tolong redakan hati saya dengan jawapan kamu. Terima kasih T__T



Ibu saya kata: "Dia nak buat seprais utk kakak kot." Ibu nak sedapkan hati saya la tu.


11 February 2010

Entri pertama sebagai isteri



Outdoor photoshoot
Lokasi: Istana Besar, Johor


Woo.. tajuk sangat la tak boleh blah. hehe..
Lama jugak saya tak update blog. Bukan takda cerita nak ditaipkan. Bukan jugak pergi HORNYmoon eh! honeymoon malah hari selepas majlis kami berdua terus naik kerja. Cuma, saya baru nak sesuaikan rutin harian sebagai isteri. Boleh terima kan alasan saya?

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun banyak perkara yang dibuat last minute. Salah satunya PELAMIN. Gila kan? Pada mulanya pelamin saya langsung tiada dalam wedding list mahupun wedding package. Semuanya dirancang oleh ayah saya kurang dari sebulan. Saya ulang. KURANG DARI SEBULAN. Mau pengsan dibuatnya. Nasib saya sangat baik mempunyai pakcik yang bertangan super saiya kreatip. Alhamdulillah selamat ^__^.

Disebabkan idea tetibe hilang, hehe..

Saya nak mengucapkan banyak² terima kasih kat ayah dan ibu saya yang merestui perkahwinan kami & juga jadi tulang belakang utk majlis kami, sanak-saudara saya dan jugak kawan² yang sudi datang majlis kecil saya. Tak lupa jugak yang sudi kirimkan doa dan ucapan buat kami berdua. Terima kasih lagi kepada mereka² yang bagi hadiah. Teruja gila masa buka hadiah. Sampaikan tak tahu nak buka yang mana satu. Hihi..

Ini penting! Ini penting! Terima kasih yang tak terhingga buat suami saya yang sudi menerima saya sebagai permaisurinya dan menemani hidup saya buat selama-lamanya. Insya Allah.

Sabtu, 13 Feb ni Majlis Bertandang pula. Berharap sangat² majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Berharap jugak nasib menyebelahi kami agar kali ini juga terlepas dari menyental bontot periuk sepertimana kami terlepas pada majlis saya yang lepas.


Lariiikkkkkkkkkkkkkkkk laju²!!




Oh! saya dah mula rindu saat² buat persiapan majlis, saat² kelam kabut, saat² tension, saat² kira budget. Semuanya saya rindu T__T.



p/s: Fasha saya hutang awk hadiah. Thalha, Mekasih buat post untuk majlis kami. ^__^

05 February 2010

We're Married!

Alhamdulillah, sudah bergelar isteri kepada Mohd Hafifi Hafidz Bin Mohd Ramli pada jam 10.25 pagi.

Perutusan Raja Sehari









Walaupun secara virtual, saya ingin menjemput semua kawan² untuk hadir ke Majlis Perkahwinan kami. Jemput datang eh (^__^)


oh sebelum terlupa, sudi² la beri ucapan di http://www.hafidzhaliza.com. Click kat beri ucapan anda.

Tapi tolong simpan rahsia blog saya eh. haha..


31 January 2010

Tentang Hantaran

Alhamdulillah. Syukur sangat2 gubahan untuk hantaran sudah siap. Sangat teruja sebab apa yang saya idamkan dapat dilaksanakan melebihi apa yang saya bayangkan.



Sabar2..
Rasa macam nak je post gambar kat entri ni.




Untuk Fasha, Selamat Pengantin Baru. Semoga menjadi isteri yang taat, solehah dan juga moga berkekalan hingga hujung nyawa. Amin..

Walimatul Urus H & H

Salam kawan²,
kami ingin menjemput ke Majlis Perkahwinan kami.
Kalau sudi, sila tinggalkan nama & alamat kamu di akuhaliza@gmail.com untuk urusan pengeposan kad kahwin kami.


Chop²! Sebelum terlupa, majlis kami di Johor Bahru :)

29 January 2010

Announcement!

Hari ini jumaat terakhir saya berstatus bujang. Warghhh!! sangat cuak oke..
Eh! tapi excited jugak. hehe..




p/s: sori tajuk agak poyo skit. :p

25 January 2010

Hiasan Meja Buku Tetamu



Saya nak yang simple² je. Kalau boleh nak buat sama macam gambar kat atas tu. Itupun KALAU BOLEH LA.(saje ngade nak bold & Caps Lock. hihi..) Tapi takde la pokok² yang boleh gantung wishes tag tu. Lagipun saya guna buku tetamu. Agak² ok tak tanpa alas meja? Nanti takde la senget-benget kan alas meja tu? Kalau korang yang baik hati ada idea yang lagi cun-melecun boleh lah suggest kan kat sini. hihi..


Kertas yang tergantung kat meja tu macam nak gantikan dengan paper doiley. Sebabnya saya cari kertas yang dah readymade berbentuk bunga² an tak jumpa². Ambil jalan mudah, pakai paper doiley je. Malas da nak memeningkan kepala sendiri. Nak menghias buku tetamu pun belum dipikirkan lagi. Nawal ko ade idea tak? Paling senang tepek gambar je suda..


Monogram kayu tuh mana nak cari ek?

22 January 2010

Happy Birthday Fiance ^__^



Hari ni Jumaat, 22 January 2010 hari lahir tunang sy. Seperti biasa memang tak tahu nk bagi hadiah apa. Pening jugak pikir. Bila saya tanya, mula² dia cakap tak kisah. Tibe² je ting! dia nk hadiah break pad. Dia cakap break pad dia da haus atau kata lain. Eh! mmg takde kata lain. Haus paling tepat!


Tension aku dengar dia mintak break pad. Berapi je telinga. Memang tak la aku nak bagi dia break pad. Dah la tak nampak depan mata. Tambah pulak bukan break pad tu pasang kat badan dia. So memang rejek awal². haha.. Kejam tak?


Di sebabkan poket makin menipis plus otak belum berfungsi dengan jayanya untuk memikirkan hadiah apakah yang patut saya bagi, saya telah mengarang surat permohonan hadiah ditangguhkan. oke saya tipu. Saya tak tulis surat pon tapi saya slumber ya ya mintak hadiah ditangguhkan dan permohonan saya telah diluluskan. Yahoo! Kalau tak diluluskan, hadiah kasih sayang je la yang saya mampu bagi untuk dia. Tapi memang hari² pun bagi hadiah kasih sayang jugak :P.


Kekasih,
Selamat Hari Lahir. Moga Panjang umur, Diberkati rezki oleh-Nya, diberikan kesihatan yang baik dan moga awak menjadi suami yang terbaik buat saya. Amin².





Tunang saya tak tahu pun saya ada blog. Tapi saya tau dia ada blog. Saya tak nak bagi tau dia yang saya pon ade blog sebab nanti saya tak bebas nak bising² kat blog. Shhh.. ini rahsia tau! Jangan bagi tau dia.

13 January 2010

Hand Bouquet & Kedai Bunga

Dah nama pun perempuan. Memang tak boleh nak lari dari bunga. Kalau tanya saya, saya tak berapa gemar sangat ngan bunga² ni. Apalagi nak menghias. Lemah seluruh badan mak! Tengok aje la inspirasi hantaran saya, takda bunga kan? hehe..

Ok². bukan nak cerita pasal hantaran. Tapi nak cerita pasal hand bouquet. Kononnya nak DIY sendiri. Ada jugak search² kat internet. Banyak sangat pilihan. Eh! bagus lah kan banyak pilihan. Tapi pening jugak bila orang yang tak minat bunga tapi buat searching tentang bunga dan nak ingat segala mak nenek bunga punya nama. Fuh!

Dah search gambar kat gugel, baru teringat nak cari kedai bunga. Saya terjumpa blog 17dec2009 yang beli bunga secara online di irtrade2u. Ini berita baik ni. Malas nak meround bandar JB ni. Penat badan kalau cari tapi tak jumpa apa yang kita hendak. Bukan tak jumpa kedai bunga tapi takut tak jumpa macam harga yang irtrade2u tawarkan. Beli lagi banyak, lagi banyak dapat discount. Tapi ingat kena register dulu ye!

Tapi bila baca FAQs kat
irtrade2u macam da hampa sikit. Majlis saya pun da kurang dari sebulan. Saya pun tak berani nak ambil apa² risiko. Tiba² ting! idea muncul nak pergi survey kedai bunga yang berdekatan dengan rumah saya, Permas Jaya(ceh! mcm feymes je nak sebut nama kawasan rumah ko!).

Saya dapat harga murah jugak! kalau beli satu bundle ada 24 kuntum dengan harga RM19.50 gred A1 with net. Murah kan? Da jimat kat delivery cost dan sudah tentu saya tak perlu risau kalau bunga tu layu(time beli) ke on the spot saya boleh complain. Yey! Tak sia² jugak survey. hehe..

Oh lupe. Saya hanya tanya rose je, sebab orang kedai bunga tu cakap rose sangat romentik utk dijadikan hand bouquet. Bukan saya yang cakap eh!

So sapa² yang duduk area jb kalau jumpa kedai bunga yang lagi murah & segar bugar, inform saya eh! Saya pasti serbu. hehe.. Tapi kalau ada yang nak tau kedai bunga yang saya maksudkan, boleh tanya je di kotak comment. Jangan malu²!


p/s: video tutorial hand bouquet


11 January 2010

Inilah namanya dugaan!

Tension betul lah! Sudah la wedding card postpone, tukar card color pulak. Lepas ni apa lagi?

Entah macammana la result card tu. Card color soft grey, font pulak maintain brown color. Ya Allah! Tak dapat bayangkan.

Padahal semalam muka dengan confident cakap card dah siap tapi cuma tak ada transport nak delivery + Van rosak bagai lah. Itu masalah aku ke hah? Tapi tadi pagi call cakap kertas pula out of stock!!! WTFish! Ni yang nak jadi Incredible Hulk.

Nak menangis, meraung, mengamuk ke ape pun memang dah tak ada pilihan.



Redha je Haliza. Hadapi dengan senyuman.

Smile liza. Smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... la wooi





p/s: Ow tadi saya terjumpa Fasha tengah borong kertas. Hehe.. Orangnye sweet & bermata cantik. Sori tak dapat berbual panjang ngan awk.


05 January 2010

1 Purnama



OmaiGucci!!(tetibe) Dulu masa mula² start blog, tickers baru nak jejak 6 bulan lagi dari tarikh majlis. Rasa macam lama lagi. Asyik rilex je banyak.. Servey², Jalan² ke blog orang lain tengok persiapan deorang macam mana. Deko hantaran macam mana. huhu.. Banyak menservey dari preparations.

Hari ni dah tinggal satu bulan je lagi saya nak buat persediaan apa² yang patut. Dengar macam lama lagi. Tapi masa cepat je lari, bukan jalan lagi dah. Sempot saya nak mengejar. Lepas ni pasti saya rindu sangat nk buat preparations wedding. Walaupun kadang² tension tapi banyak manisnya jugak.

Tentang preparations pulak, alhamdulillah banyak yang dah setel tapi ada jugak benda yang penting saya belum siap lagi. Salah satu nya Kad Kahwin. Harap² sangat sabtu ni dah boleh ambil kat kadkahwinku.com.



Part hiasan hantaran saya upah pakcik saya menggubah. Saya suka hasil tangan dia, seni dan kreatif. Walaupun saya bekerja dlm bidang design tapi bila part nak menggubah memang hancus. Surrender! Nak beli barang menggubah pun terkial². Inspirasi gubahan saya ambil dari Pesona Pengantin.

Kali ni saya katakan TAK NAK letak bunga kat gubahan. Sebab saya tahu, kalau saya bagi tunang saya bunga, dia bukan nak simpan ke nak buat gubah jauh sekali. Last² bunga masa kami tunang hari tu elok je duduk kat atas almari buat sarang labah². Tension mak!! Yang bunga hidup kat sirih junjung dah lama selamat kat tong sampah ke lori sampah. camtuh la. So saya decide letak ribbon macam kat Pesona Pengantin.

Salah satu hantaran saya untuk tunang, kapkek. Itu pun saya belum tempah lagi. Tapi saya da tanya quotation kat Shamin Bakery. Insya allah pertengahan bulan Januari ni saya nak bincang ape² yang patut mengenai kapkek & Kek Kahwin. Harap² dapat la ape yang saya mau untuk kapkek & kek. Tapi kalau takde pilihan jugak saya beli je la kat Lavender ke, Secret Recipe ke, Baskin Robin ke. No choice..

Oh ye.. Penanda arah nak buat macam mane eh? Takde idea la..

Spa tak pegi lagi. Manicure & Pedicure pun. Aiyo.. Nak pegi yang mane ek kat area JB nih?



Henna pun tak cari lagi nak buat kat mane.. (*.*) Aih!! pening kepala..


 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com