Alhamdulillah. Syukur sangat2 gubahan untuk hantaran sudah siap. Sangat teruja sebab apa yang saya idamkan dapat dilaksanakan melebihi apa yang saya bayangkan.
Sabar2..
Rasa macam nak je post gambar kat entri ni.
Untuk Fasha, Selamat Pengantin Baru. Semoga menjadi isteri yang taat, solehah dan juga moga berkekalan hingga hujung nyawa. Amin..
31 January 2010
Tentang Hantaran
Posted by Haliza Haron at 12:09 AM 2 ucapan cinta
Labels: Wedding Preparation
25 January 2010
Hiasan Meja Buku Tetamu
Saya nak yang simple² je. Kalau boleh nak buat sama macam gambar kat atas tu. Itupun KALAU BOLEH LA.(saje ngade nak bold & Caps Lock. hihi..) Tapi takde la pokok² yang boleh gantung wishes tag tu. Lagipun saya guna buku tetamu. Agak² ok tak tanpa alas meja? Nanti takde la senget-benget kan alas meja tu? Kalau korang yang baik hati ada idea yang lagi cun-melecun boleh lah suggest kan kat sini. hihi..
Kertas yang tergantung kat meja tu macam nak gantikan dengan paper doiley. Sebabnya saya cari kertas yang dah readymade berbentuk bunga² an tak jumpa². Ambil jalan mudah, pakai paper doiley je. Malas da nak memeningkan kepala sendiri. Nak menghias buku tetamu pun belum dipikirkan lagi. Nawal ko ade idea tak? Paling senang tepek gambar je suda..
Monogram kayu tuh mana nak cari ek?
Posted by Haliza Haron at 12:59 PM 11 ucapan cinta
Labels: Wedding Preparation
13 January 2010
Hand Bouquet & Kedai Bunga
Dah nama pun perempuan. Memang tak boleh nak lari dari bunga. Kalau tanya saya, saya tak berapa gemar sangat ngan bunga² ni. Apalagi nak menghias. Lemah seluruh badan mak! Tengok aje la inspirasi hantaran saya, takda bunga kan? hehe..
Ok². bukan nak cerita pasal hantaran. Tapi nak cerita pasal hand bouquet. Kononnya nak DIY sendiri. Ada jugak search² kat internet. Banyak sangat pilihan. Eh! bagus lah kan banyak pilihan. Tapi pening jugak bila orang yang tak minat bunga tapi buat searching tentang bunga dan nak ingat segala mak nenek bunga punya nama. Fuh!
Tapi bila baca FAQs kat irtrade2u macam da hampa sikit. Majlis saya pun da kurang dari sebulan. Saya pun tak berani nak ambil apa² risiko. Tiba² ting! idea muncul nak pergi survey kedai bunga yang berdekatan dengan rumah saya, Permas Jaya(ceh! mcm feymes je nak sebut nama kawasan rumah ko!).
Saya dapat harga murah jugak! kalau beli satu bundle ada 24 kuntum dengan harga RM19.50 gred A1 with net. Murah kan? Da jimat kat delivery cost dan sudah tentu saya tak perlu risau kalau bunga tu layu(time beli) ke on the spot saya boleh complain. Yey! Tak sia² jugak survey. hehe..
Oh lupe. Saya hanya tanya rose je, sebab orang kedai bunga tu cakap rose sangat romentik utk dijadikan hand bouquet. Bukan saya yang cakap eh!
So sapa² yang duduk area jb kalau jumpa kedai bunga yang lagi murah & segar bugar, inform saya eh! Saya pasti serbu. hehe.. Tapi kalau ada yang nak tau kedai bunga yang saya maksudkan, boleh tanya je di kotak comment. Jangan malu²!
p/s: video tutorial hand bouquet
Posted by Haliza Haron at 6:39 PM 13 ucapan cinta
Labels: hand bouquet, Wedding Preparation
11 January 2010
Inilah namanya dugaan!
Tension betul lah! Sudah la wedding card postpone, tukar card color pulak. Lepas ni apa lagi?
Entah macammana la result card tu. Card color soft grey, font pulak maintain brown color. Ya Allah! Tak dapat bayangkan.
Padahal semalam muka dengan confident cakap card dah siap tapi cuma tak ada transport nak delivery + Van rosak bagai lah. Itu masalah aku ke hah? Tapi tadi pagi call cakap kertas pula out of stock!!! WTFish! Ni yang nak jadi Incredible Hulk.
Nak menangis, meraung, mengamuk ke ape pun memang dah tak ada pilihan.
Redha je Haliza. Hadapi dengan senyuman.
Smile liza. Smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... la wooi
p/s: Ow tadi saya terjumpa Fasha tengah borong kertas. Hehe.. Orangnye sweet & bermata cantik. Sori tak dapat berbual panjang ngan awk.
Posted by Haliza Haron at 2:57 PM 6 ucapan cinta
Labels: Feeling, Wedding Preparation
05 January 2010
1 Purnama
Hari ni dah tinggal satu bulan je lagi saya nak buat persediaan apa² yang patut. Dengar macam lama lagi. Tapi masa cepat je lari, bukan jalan lagi dah. Sempot saya nak mengejar. Lepas ni pasti saya rindu sangat nk buat preparations wedding. Walaupun kadang² tension tapi banyak manisnya jugak.
Tentang preparations pulak, alhamdulillah banyak yang dah setel tapi ada jugak benda yang penting saya belum siap lagi. Salah satu nya Kad Kahwin. Harap² sangat sabtu ni dah boleh ambil kat kadkahwinku.com.
Part hiasan hantaran saya upah pakcik saya menggubah. Saya suka hasil tangan dia, seni dan kreatif. Walaupun saya bekerja dlm bidang design tapi bila part nak menggubah memang hancus. Surrender! Nak beli barang menggubah pun terkial². Inspirasi gubahan saya ambil dari Pesona Pengantin.
Kali ni saya
Salah satu hantaran saya untuk tunang, kapkek. Itu pun saya belum tempah lagi. Tapi saya da tanya quotation kat Shamin Bakery. Insya allah pertengahan bulan Januari ni saya nak bincang ape² yang patut mengenai kapkek & Kek Kahwin. Harap² dapat la ape yang saya mau untuk kapkek & kek. Tapi kalau takde pilihan jugak saya beli je la kat Lavender ke, Secret Recipe ke, Baskin Robin ke. No choice..
Oh ye.. Penanda arah nak buat macam mane eh? Takde idea la..
Spa tak pegi lagi. Manicure & Pedicure pun. Aiyo.. Nak pegi yang mane ek kat area JB nih?
Henna pun tak cari lagi nak buat kat mane.. (*.*) Aih!! pening kepala..
Posted by Haliza Haron at 5:53 PM 17 ucapan cinta
Labels: Feeling, Wedding Preparation
31 December 2009
Selamat Datang Tahun Baru
Sekejapan je rasa da nak masuk tahun 2010. Azam korang tahun 2009 macam mana? Tercapai?
Tarik napas.......
Saya macam tak tahu nak taip ape nih. o ye, saya da lepas interview kahwin kat Jabatan Agama Johor pada senin 28/12/2009. Lega... sangat. Alhamdulillah! Selama ni asyik dok fikir dia nak soalan ape la ek!!! Gelabah dia macam nak pergi exam. Padahal soalan asas Fardhu Ain je, yang kita belajar kat sekolah agama. Nak soalan bocor tak? :P.
Hmm.. ok la sampai sini je la saya taip. Da puas perah otak nak taip ape tp taknak dtg jugak idea.
Opp². Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru in advance pada Ms.Hai. Semoga Bahagia hingga akhir hayat :).
Hellooooooo 2010 :)
p/s: Mekasih bebanyak kwn² yang sudi bg kata² semangat utk sy kat entri lepas. Sy sayang korang! (^_^)
Posted by Haliza Haron at 3:59 PM 12 ucapan cinta
Labels: Tahun Baru, Wedding Preparation
15 November 2009
Macam-macam


Posted by Haliza Haron at 12:27 AM 7 ucapan cinta
Labels: Wedding Card, Wedding Preparation
13 October 2009
3 Months, 3 Weeks & 2 Days
Eh² bkn preggy tau. Tengok kat tickers sebelah tu, hari ni genap 3 bulan, 3 minggu & 2 hari saya menjadi tunangan orang dan lagi 3 bulan, 3 minggu & 2 hari Insya Allah saya akan menjadi isteri orang.(Doakan yang terbaik untuk kami)
Progres pulak so far Alhamdulillah berjalan dgn lancar walaupun ayah saya selalu macam tak paham dengan keadaan saya yang bz survey barang, balik lewat mlm dan macam² la. Saya kalau nak keluar malam, saya akan pastikan keluar selepas waktu Maghrib bukan time Maghrib² saya masih merewang tak tentu pasal. Macam semlm saya pergi booked photographer time mlm. Waktu bekerja, mana saya nak cari masa? Weekend pula photographer dah tentu² ade job. Nak tak nak kena jugak booked time yg sama² free. Haih! kadang tension pun ada.
Ok jangan nak emo². Sabar je. Dugaan tu namanya. Photographer saya booked kat Lensa Melayu. Package yang ditawarkan sangat memuaskan hati & budget kami. hehe.. Harap² servisnya pun memuaskan jugak.
Oyya, semalam borang permohonan nikah tunang saya da tolong belikan. Baru saya tahu nak beli borang kene datang berdua, bawa sijil kursus kahwin
Borang beserta buku panduan Nafkah dalam Perkahwinanp/s: bukan kedekut tapi membeli ikut kemampuan sendiri.
Posted by Haliza Haron at 12:29 PM 10 ucapan cinta
Labels: Feeling, Photographer, Wedding Preparation








