Showing posts with label Jalan². Show all posts
Showing posts with label Jalan². Show all posts

11 July 2009

Cuti

Morning(eceh). Selamat beristirehat di hujung minggu. senyumkenyit Rehatkan minda dan juga rehatkan badan setelah 5 hari membanting tulang. Kepada yang bekerja hari sabtu, selamat bekerja.




Hai nama saya Black. Saya sedang berehat

12 June 2009

Roda² Kotaraya part 2

Mood malas tengah menular. Nak update pun malas.

Sambungan dari entri yang lepas, Hari ahad kami sambung jalan² cari pasal. Bangun pagi² dan bersarapan di Terracotta Restaurant. Lagi sekali kami terpaksa bersesak². Ingat jalan raya jer sesak. Punya la ramai orang. Makanan hampir kehabisan. Gelas tak cukup. Sampaikan saya dan Mr.B mi
num orange juice terpakse guna cawan. Cawan ye kawan². Haih!penat Sabar jer la. Makan pun sekadar alas perut.

Selepas sarapan, destinasi pertama kami pergi KLCC. Misi nak cari handbag dan kasut. Banyak yang tak berkenan. Kalau berkenan pun harga riban². Ade sape nak sposor?ihikhik(ces! bajet artis la). Puas pusing² satu KLCC tiba² jeng³.. Saya jumpa handbag yang saya suka. Harga pun ok. Masih dalam bajet saya. Pattern pun saya berkenan. Tapi saya masih tak berpuas hati jugak. Peningkan? hehe. Saya tengok Mr.B pun macam da fade up je. huhu.. Ampun ye!.



Handbag yang saya cari, sling and hand carry bag. 2in1. Cari kat guess pun tak jumpa. Takda jodoh kot.sedih Tapi kalau tak cari senang pula jumpa. Ataupun mata saya jadi rambang? Sampaikan tak tertengok semua beg yang ada. Haha..

Itu baru beg, belum kasut lagi. Kasut yang saya cari, langsung tak nampak bayang. hahah. Kesian.. Saya ambil keputusan untuk hold dulu misi cari handbag dan kasut. Kami terus gerak ker Jalan TAR. Alhamdulillah takda sesat² cari jalan. Kami park di Maju Junction. Misi kali ni, nak cari selendang, telekung dan accessories untuk tudung. Ala macam gambar di bawah ni. Apa ek nama dia?


*kredit to atmosferapix

Tapi sebelum tu, kami singgah ke Sogo, Mr.B cari kasut idaman. Jumpa memang jumpa, tapi size pula takda. Frust menonggeng beb! Muke sedih sangat. Da survey satu sogo tapi takda yang berkenan juga. Cerewet juga eh Mr.Bihikhik. So kami teruskan jalan² cari barang saya. Jumpa je selendang terus gi bayar. Takda masa dah nak belek². Misi cari telekung pun sama. Berkenan je terus minta tawar dan dapat juga dengan harga yang berpatutan. Terbaik wok!! hehe.. Ok yang part accessories lama sikit. Dengan rambang mata, tengok harga pon bole tahan mahal juga. Akhirnya saya jumpa juga yang simple dan manis(*ayat nak sedapkan hati).Harga pun boleh kawtim. Biase yang jadi masalah harga la kan. So bajet kena la selari dengan taste.

Dah penat cari barang² saya, Mr.B ajak pula pergi Bukit Bintang, saya layankan aja. Manalah tahu saya dapat cari handbag dan kasutihikhik. Dugaan nak pergi BB, kami sesat jalan sampai ke Batu Caves. Ya Allah! rase macam nak tinggalkan kereta tepi jalan dan balik naik putra. Dah rasa putus asa nak cari jalan balik. Nasib kami baik jumpa signboard ke jalan Ampang. Mr.B bagi cadangan park di KLCC. Takut sesat lagi, kami naik Putra dan Monorail ke BB. Dah sampai BB, jalan² cari pasal, cuci² mate tegok baju lawa², tgk cd lagu, tgk kasut Mr.B, sambil tu cari jugak handbag dan kasut saya. Last² jumpa jugak handbag kat butik Guess tapi jauh beza dengan apa yang saya carisedih. Takpa la asalkan color sama. Putih suci yu!senyumkenyit.

Sampai hotel, masing² memang da tak larat. Muka pun sememeh abis. Sebelum nak lelapkan mata, cousin saya sempat sindir "Ko betol² eh jalan satu hari".
siul lalala..

Esoknya kami check-out pukul 12pm. Pergi lunch dan terus masuk highway KL - JB. Bye.
babai






*Penat jalan² aritu tak habis lagi. penat
*Maaf gamba takda, sebabnya takda mase nak snap. hehe.. Nak mandi kat swimming pool pun tak sempat..

10 June 2009

Roda² Kotaraya part 1

Tajuk tak boleh blah!jelir Haih!! malasnya nak update. Dah bercuti ni memang semuanya jadi malas. Kerja malas, bangun pagi malas. Nak jadi apa nih? ihikhik..

Sabtu yang lepas, kami dan cousin saya plan nak pergi KL. Fuh! pagi² dah bangun untuk pick up Mr.B dari rumah. Drive pon mamai jer. Nasib baik jalan clear lagi.
Bertolak dari JB pada 6:45 am terus masuk Highway Plus tanpa sempat sarapan. Merasa la perut masing² berkeroncong bagai. Apa nak buat, takut highway jammed punya pasal. Maklum la musim cuti kan. Sampai di Machap, perut da berlagu heavy metal. Menggelupur cari sarapan. Parking pun susah nak cari sebab ramai yang singgah untuk sarapan. Kebanyakannya Singaporean. Jalan² cari makan agaknya ihikhik

Perut da kenyang, mesti senang hati kan? hehe.. Kami pun teruskan perjalanan. Adegan cilok mencilok. Potong memotong. haha.. Apa punya bahasa daa.. Jalan da mula sesak. Redha jer la. Kami selamat sampai dalam pukul 10:30 am. Apa? Cepat? hehe.. Drive sampai habis meter. setan

Nak check-in, awal sangat. So kiteorang decide pergi Bukit Bintang dulu, Jalan² cari pasal. First time pergi Pavilionblur mata jadi rambang. Semua kedai rasa macam nak terjah.ihikhik Badan penat pun boleh jadi segar. haha..

Jalan punya jalan sampai tak sedar tengok jam dah pukul 2:00 pm. Apa lagi cepat² gerak ke hotel. Satu hal, semua tak tahu jalan. Hamik kau! hahaha.. Maklumlah biasanya gi KL ngan family, ayah drive saya tido. Inilah padahnya. hehehe.. Ada tourist guide (kawan cousinihikhik) pon tak bole nk pakai sangat. Hentam cari jalan akhirnya jumpa. Hotel tu belakang KLCC je. Nak cari jalan punya la berbelit. 2 kali salah masuk simpang. Pasrah jer la.


*ihsan gambar dari sini. Tak sempat nak snap sendiri

Tadaa.. Itulah hotelnya, The ZON All Suites Residences on the park. Kami booked 2 bilik untuk 3hari 2malam. 1 bilik saya dan cousin dan 1 bilik utk Mr.B. Hotel memang Tip Top tapi, reception tak mesra langsung. Pandang saya dan cousin macam orang tak berduit. Ces!! Ok da tak nak emo. hehe.. Kami relax sampai 4:00pm. Nikmatnya dapat baring tuhan jer yang tahu.

Kami sambung lagi jalan² cari pasal. Kali ni ke Mid Valley. Nak cari parking amatlah payah. Memanjang full jer. Aih!! Jammed pon satu hal jugak. Tertanya² jugak kenapa sesak sangat kat Mid Valley. Rupanya ada Indian Global exhibition & SALE da bermula. Yahoo.. Tapi apa yang saya cari semuanya tak berkenan.sedih Balik dengan tangan kosong. Tapi takpa, esok kan masih ada. hehehe..

Da penat berjalan, balik hotel terus mandi², supper makan pizza then terus tido dengan bergaya. hahaha..

Hari berikutnya sambung di entri lain eh!



*Da panjang² menaip ni baru teringat nak bagitahu, saya gi KL ni jalan² dan shopping barang² persiapan sikit. Beli sikit² dulu. Tak larat la kalau nak beli sekaligus.

05 June 2009

Cuti² Malaysia

Yey! esok cutimenari. Padahal memang semua orang cuti pun. Kalau ikut minggu, esok adalah hari bekerja untuk saya T__T. What to do, makan gaji la katakan. huhu..

Tapi Cuti kali ni ada best sikit. Cuti kemana? adalahhh... nanti saya story mory k. heheh.. Ok la, tu jer saya update. Doakan saya selamat pergi dan balik. sengihnampakgigi Jumpa di lain entri. Daa~



*Selamat Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong (in Advance)

03 June 2009

Selamat Bercuti dan Selamat Pengantin Baru!

gambar dari sini

Cuti sekolah sudah bermula, ramai ibu bapa sudah membuat perancangan untuk anak². Antaranya yang saya dengar pemanggil di MHI pagi tadi, kebanyakannya pergi bercuti. Ada jugak yang membawa anak² melawat ke rumah kanak² down sindrom. Memang bagus untuk memupuk kesedaran dari kecil. Ade juga yang menghantar anak² ke kelas membuat cupcakes. Mesti comel kan budak² buat kek
ihikhik. hehehe..

1 lagi fenomena bila cuti sekolah datang ialah majlis kahwin. Ramai la yang dapat kad jemputan ke majlis. Silap haribulan, sampai 2 majlis pada hari yang sama. Pandai² lah buat pilihan yek! and don't forget to save the date. hehe..ihikhik Next week saya pun ade 2 jemputan pada hari yang sama tapi berlainan negeri. Pilihan saya? Tiada pilihan. hahaha. Kena pergi jugak dua² majlis. *takpe, bukan saya yang drive. Lagipun dapat jugak jalan². Kiranya 2in1 la..

Ok la pada yang akan melangsungkan perkahwinan *ayat nak skema. Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru!! *bunyi kompang. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan semoga jodoh sampai akhir hayat. Aminsenyum

Pada adik² yang da cuti sekola, selamat bercuti! Jangan nakal² tau.
takbole

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com