21 September 2009

Entri orang takde kampung T___T

Orang semua sibuk beraya saya sibuk update blog. Hehe.. Maklumlah sebelum raya saya bz nak update blog. Bz ngan masak ketupat. Buat kuih? Oh tidak. Macam tahun2 lepas beli je kuih.

Amacam raya pertama korang? Seronok? Mesti la kan. Saya pun seronok dapat berkumpul ngan sedara mara yang jarang berjumpa. Bermaaf-maafan.


Oyya, belum terlambat lagikan saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai ade terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terlepas laku harap dimaafkan. Kepada yang balik kampung, Berhati-hati dijalan raya. Moga selamat pergi dan balik. Kepada bride-to-be, makan tu beringat sikit. Jangan lepas raya naik berkilo-kilo terus. Menangis nanti. hehe..






p/s:Jemput la datang beraya ke rumah orang takde kampung ni.

14 September 2009

Hujung Minggu yang Padat

Fuh! Fuh! Fuh! Penatnyaaa. Rasanya ni lah weekend yang paling penat sekali. Mana taknya, betul² soping sakan. Bukan².. Bukan soping untuk raya eh. Soping untuk barang hantaran kami. Tapi ada juga selit satu dua barang untuk raya. Hehe..

Sabtu lepas kami pergi
booking Pondok Pesona bridal untuk majlis nikah dan resepsi belah saya. Cadangnya mahu setelkan lepas raya. Tengok² bulan puasa jugak kami booked. Alhamdulillah tarikh majlis kami masih available lagi. Kalau tak, memang satu keje lagi nak pergi survey. Bukan tak suka survey tapi masalah saya ni mata cepat rambang. Kalau semua nak, cam mane? huhu..

Bridal yang kami booking ni pun kami tak pernah buat research, tak pernah tanya quotation. Gamble je terus datang, fikir dan booked. Tapi bridal ni pernah di'suggest'kan oleh cik Fuchsia~. Terima kasih cik Fuchsia~ ^__^. Kawan² blogger yang lain pun ada jugak bagi suggestion bridal² yang terbaik. Terima Kasih banyak² :). Tapi ada sedikit kecewa, saya tak dapat request design baju baru untuk reception ditambah pulak baju takde color yang mengikut tema kami. Salah kami jugak, tak booking 6 bulan sebelum majlis. Kalau masih juga nak baju baru kami kena add 10% lagi. Disebabkan out of my budget, saya redha T___T. Ok lupekan drama air mata. Yang membuatkan saya berpuas hati dgn Pondok Pesona, owner bridal tu bagi penerangan tentang pakej², hasil kerja dan harga yang ditawarkan memang tiptop ah! Satu persatu dia terangkan sampai kami tak sempat mencelah. Nak tanya soalan pon da tak bole pikir nak tanya ape. Siap bagi teguran tips pada kami lagi "Liza jaga tummy awk, jangan minum ais. Makan ais takpe". "Hafidz awak kena work out sikit. Badan slim sangat".

Hari Ahad pula, kami bz cari barang² hantaran. Dari lepas tunang lagi kami da cari sikit² tapi susahnya nak jumpe yang berkenan. Semalam la baru jumpe barang² yang kami cari. Perfume, Kasut & handBag en. tunang dan Cincin saya. Itu pun da berapa buah shopping complex kami ziarah. huhu.. Yang pasti kasut idaman saya tak jumpe lagi T______T. Hai kasut mane kau hah? Main sembunyi² ibu ke?




p/s: Harap² ade la baju yang ikut piawaian color theme kami (silver/merah).


p/s lagi: Alhamdulillah lega sikit dah booking bridal. Sekarang ni tinggal nak survey photographer pulak. Da jumpe yang berkenan. Tapi harus difikir semasak²nya.

10 September 2009

Tentang Kasut

Semalam, 09.09.09 agak² ade tak orang nikah? Tertanya² jugak. Kot la ade yg nikah ke. Tarikh cun la katakannn...

Ok la bukan nak cerita pasal tarikh. Ni nak cerita, semalam saya dan en.tunang berbuka kat Jusco Tebrau City, sambil tu ade misi lain jugak. Mengusha kasut hantaran, nikah & raya. Banyak betul. hehe.. Tapi lebih kepada kasut nikah sebenarnya yang lain tu menyambil jer. Puas la round satu Jusco tapi takde yang betul² berkenan kat hati. Bak kata orang, kalau tido pun bole sampai mimpi² kasut idaman. Yang berkenan sikit² tu ade la. Kat vincci, pattern da ok tapi heels pulak, sangat tinggi dan halus je. Macam tak confident je nak lari jalan. Saya lebih prefer wedge sebabnye stabil je rasa bila dipakai.

Ciri yang lain pulak, saya suka yang jenis tak tertutup sangat atau yg open sangat. Rekaan Stuart Weitzman(gambar 1st) ni da perfect bagi saya. ^__^ Ade jugak teringin nk bling² sikiittt jek. Saya tanya pendapat en.tunang, dia jawab "ala sayang beli la keronsang pastu tampal kat kasut nikah" Senang kan jawapan dia? Dia da penat la tu cari kasut saya. Lelaki ni asal bole je kan? Tapi time cari kasut hantaran dia, tuhan jer la tahu dia punya cerewet. Pujuk² pun tak makan saman. Yang paling geram dia bole ckp "ni baru cari kasut, belum lagi cari cincin. Nanti cari cincin, jangan pulak macam cari kasut" Halus jer dia punye sindiran. "Baiklah" itu je la jawapan saya. Nak bertomoi gaduh karang kurang pahala, sabar jer la.. T____T

Kat sini ada tips² memilih wedding shoes. Harap dapat membantu. :)





p/s: Ada tak yang nak rekemen beli kasut kat mane?

02 September 2009

Hari TerPALING SEDIH

Betul, Senjata paling TAJAM adalah LIDAH manusia. Sakit bila kata² tu keluar dari mulut orang yang 'curi' hati saya. Nampak je saya ni 'macam' keras, padahal FRAGILE gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr babeng..


HARI TERPALING SEDIH T_______________T*menangis lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi..

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com