Salam.
Dah lama saya tak kongsi resepi. Resepi kali untuk yang suka gilerr makan tulang kambing @ gearbox. Resepi ni versi saya. Mungkin lain orang lain la kot caranya. Jom cekidaut!
Tumbuk (separuh lumat) bawang merah, bawang putih & halia diketuk.
kentang dan lobak yang sudah dipotong
3 jenis sos: sos life cili & tomato dan sos cili lingham'skenapa lingham's? sebab sos ni bagi rasa pedas² sedap. Hehe..
bagi close up sikit. Kalau makan dengan western food lagi sedap!
Rebuskan bahan² yang ditumbuk bersama tulang.oo.. jgn lupa, letak jugak kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Rebus tulang ni, ambil masa 4 jam. Sila pastikan gas anda mencukupi :P
Ini rupa bila sudah 2 jam merebus. Lamanya T__TDah boleh masukkan kentang, lobak, sos dan juga sedikit rempah sup.
Ok sudah siap untuk di makan bersama Jangan lupa sediakan straw untuk menyedut sum².
p dot s: Kalau tak suka kambing, boleh juga digantikan dengan daging lembu.



