13 October 2009

3 Months, 3 Weeks & 2 Days

Eh² bkn preggy tau. Tengok kat tickers sebelah tu, hari ni genap 3 bulan, 3 minggu & 2 hari saya menjadi tunangan orang dan lagi 3 bulan, 3 minggu & 2 hari Insya Allah saya akan menjadi isteri orang.(Doakan yang terbaik untuk kami)

Progres pulak so far Alhamdulillah berjalan dgn lancar walaupun ayah saya selalu macam tak paham dengan keadaan saya yang bz survey barang, balik lewat mlm dan macam² la. Saya kalau nak keluar malam, saya akan pastikan keluar selepas waktu Maghrib bukan time Maghrib² saya masih merewang tak tentu pasal. Macam semlm saya pergi booked photographer time mlm. Waktu bekerja, mana saya nak cari masa? Weekend pula photographer dah tentu² ade job. Nak tak nak kena jugak booked time yg sama² free. Haih! kadang tension pun ada.

Ok jangan nak emo². Sabar je. Dugaan tu namanya. Photographer saya booked kat Lensa Melayu. Package yang ditawarkan sangat memuaskan hati & budget kami. hehe.. Harap² servisnya pun memuaskan jugak.


Sangat suke dengan posing & tone color yang mcm ni :)
source: http://snippetandink.blogspot.com/

Oyya, semalam borang permohonan nikah tunang saya da tolong belikan. Baru saya tahu nak beli borang kene datang berdua, bawa sijil kursus kahwin dan jangan buat² lupa bawa duit jugak. huhu.. Ingatkan boleh salah sorang datang dan belikan. Dah la tunang saya datang lenggang kangkung. Nasib baik ade org dalam boleh tolong dan boleh kawtim. Kalau tak, kena amik cuti lagi T___T la jawabnya. Procedure baru ni, lagi sebulan tarikh nikah baru submit borang. Dulu 3 bulan sebelum kan da bole submit? Ke procedure tu dah lame?

Borang beserta buku panduan Nafkah dalam Perkahwinan

Ok la, sampai disini je entri kali ni. Cuma nak tanya sesiapa warga johor, yang sudi bgtahu kat mane nk beli gula² atau lolipop secara bundle dan yang penting murah. hehe.. Mintak tolong sangat² nih!



p/s: bukan kedekut tapi membeli ikut kemampuan sendiri.

10 ucapan cinta:

sha said...

eh sy lupa la awk dok mana ni haliza

Haliza Haron said...

sy duduk permas jaya. nape?

sha said...

ahaks. byk sgt kekwn bloggers org jhr ni. lupe la.. tu yg asik tanye jek.

hiks.

anyway, kad tu design dia dah sedia ada. try la tgk kat sana. mmg murah sgt and design dia pun best tau

Haliza Haron said...

hehe..
Thanks eh. awk byk bg suggestion :)

PUAN THALHA : said...

haliza, kalau gula-gula/lolipop/ any candy nak beli secara bundle, boleh try pegi AIK SENG TRADING kat taman perling. kat depan dewan badminton depan sek men keb seri perling tu. tapi kat deretan kedai depannya. deretan dengan 7 eleven tuh.. (owh, sangat fail bila nak bagi instruction jalan. huhu)

Haliza Haron said...

thalhazlin:
Mekasih².. nnt nk try gi situ la. tp bole bg name jln x? kalo awk igt la. sy bole google map je. hehe..

PUAN THALHA : said...

aisey. sowie ah haliza. tak ingat nama jalan. tapi kat deretan kedai depan taman sutera yang ada trafic light tu. nanti haliza jalan je kawasan situ mesti jumpe, sebab kedai die tul2 depan jalan besar.
murah kedai tu sebab kedai supplier untuk owang bisnes..pilihan pun banyak. saya nanti nak beli candy kat situ gak. heheh

Haliza Haron said...

awk, thanks eh. hehe.. nnt sy cr. :)

jet said...

xtau nk pggk kak ke ape, mne tau sebaye..
cube g kilang apollo kt larkin tu,
leh bli byk2..tp bkn lollipop la..=)

Haliza Haron said...

jet:
o0o0.. idea yg bagus jgk tuh..
thanks jet.

p/s: tak kisah la nk panggil kak ke name je. asalkn yg sopan :)

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com