02 November 2009

Cemburu

Perasaan cemburu memang sinonim dengan pasangan yang bercinta. Tak kisah la same ada; yang baru couple, yang dah bertunang mahupun yang dah bertahun² kahwin. Ada yang tak setuju ke? Tabik spring lah pada pasangan yang tak ada perasaan cemburu. Kira open minded la.

Cemburu ni ada baiknya dan ada buruknya. Kalau cemburu yang tak bertempat, itu buruk padahnya. Silap haribulan boleh kena tinggal terus. Yelah, sikit² nak cemburu. Sikit² nak kongkong. Tak boleh jumpe orang itu, ini, jeles je manjang. Kadang yang tak boleh terima dek akal fikiran, ada yang cemburu antara pasangan dengan saudara pasangan sendiri. Kalau tidak ada unsur² curang, rasanya tu tak patut untuk cemburu buta.

Situasi: Si A(perempuan) cemburu dengan pasangannya(lelaki) bila si ibu pasangan meminta tolong mengambil kakak saudara di airport.

Patut ke cemburu? Takkan lah si ibu sanggup nak merosakkan hubungan anak sendiri. Fikir² la sendiri. :)

Disebabkan adanya quote "Cemburu tanda sayang", saya menganggap ade sedikit kebaikan jika cemburu bertempat. Bukanlah bermaksud kalau tak cemburu, tak sayang. Ada orang tak cemburu, tapi dia tunjukkan partly of love in diffrent way. Lain padang lain belalang, Lain orang lainlah caranya.. hehe..


Dulu, saya seorang yang sangat² open minded. Saya tak kisah kalau ex-bf saya nak membonceng perempuan yang saya tak kenal, bermesej² ngan perempuan lain tapi susah nak mesej ngan saya. Hingga ex-bf saya berani dan bangga show off gambar² dia dan perempuan lain berpelukan. Saya tak marah, sikit pun tak. Cuma saya tanya elok² siapa betina perempuan tu. Kalau dia cakap kawan, itu da cukup memuaskan hati saya. Saya bersyukur yang amat Allah tidak memanjangkan jodoh kami.

Itu dulu, tapi sekarang saya sedikit kuat cemburu pada tunang saya. Saya cukup pantang dan meluat kalau ade perempuan gedik² depan tunang saya walaupun tunang saya boolayan sama kau.







p/s: Entri ni untuk panduan dan peringatan utk saya sendiri. Maaf kalau ade yang terasa.

6 ucapan cinta:

_Gnie_ said...

awk sama mcm sy. sy pun dlu xkisah bl xbf kuar gn pmpn lain, msg2 gn pmpn lain. alhamdulillah, dia bkn jodoh sy. jadi skrg, sy sgt b'pada2, tidak terlalu cemburu & tidak juga terlalu tidak cemburu (phm x?)

Haliza said...

betul, sy pon sangat² berhati-hati sekarang ni. sy xnak ulang macam dulu

~ thalhazlin ~ said...

hahaha. terbalik pulak kite. dulu, saya sangat cemburu dengan my ex. yelah kan. cinta jarak jauh katanye. tapi, terbukti dia tak setia & alhamdulillah juga sebab jodoh kami tak panjang. tapi sekarang dengan en tunang, dengan cinta di depan mata, dan juga selaras dengan masa, saya jadi lebih matang. sama cam cik gnie. tak terlalu cemburu, tak jugak tak cemburu. :)

Haliza said...

thalhazlin:
Dulu my-ex pon jarak jauh gak. tu yang tak larat nk cemburu sgt. Cume ngan en.tunang ni, sy meluat tgk kalau ade yg pompuan stok gedik2 dpn mate.

~ thalhazlin ~ said...

owh, kalau tang pompan stok gedik2 depan mata, pompan bangang je lah kot tak cemburu. heheh. kalau stok cam tu, saya pun rasa nak bukak kasut baling kat kepala pompan tu. heh. kejam sangat ke? hahaha! tinggi tul imaginasi ganas.

Haliza said...

ok la tuh baling kasut. huhu..

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com