29 July 2010

Best sangat ke saman-menyaman?

Zaman sekarang ni suka-suki je nak menyaman orang kan? Dan perkara ni dah pun jadi kat family aku. Dia BERANI saman ibu aku. Berani kau eh?

Halnya macam ni, ibu aku sewakan rumah lama kami pada penyewa bodoh mcm lembu. Sebelum kami pindah ke rumah baru, memang ramai yang usha & tanya nak menyewa rumah lama tu. Yelah masa tu belum pindah, takkan nk sewakan. Bila da selesai pindah rumah baru, si penyewa bodoh ni pon terkedek-kedek datang tengok rumah dan terus nak sewa. Sebelum tu aku dah nasihat kan ibu aku buat surat perjanjian sewa rumah. Tapi benda da nak jadi, ibu aku terus deal dengan penyewa tu tanpa apa² perjanjian. Dengan bayaran yang tak penuh (ada lagi tunggakan) & kepercayaan yg tinggi pada penyewa tu, ibu aku serahkan kunci rumah.

Sebelum penyewa tu masuk, ibu aku dah bersih² kan keadaan rumah, da sental bilik air, da cat dinding rumah. Kita nak bagi orang sewa, mesti lah kita bagi yang terbaik. Bukan main taram je.

Tapi! bila sampai masa penyewa tu dah masuk rumah, terus dia call ibu aku untuk batalkan sewa rumah. Dan² tu juga minta balik duit sewa. Padahal tak sedar diri ke duit sewa pun tak bayar habis? Ibu aku slow talk tanya kenapa tak puas hati ke? Dia bagi alasan dia geli dengan lipas dan cacing dan dia cakap rumah kotor sebab tu la ada lipas & cacing. WTF............ Aku geram sangat dengan statement dia ok. Macam vavi. Agaknya kalau kat rumah family dia ada lipas @ cacing terus lari rumah. Bodoh bertingkat²!

Hari tu aku duduk hotel seminggu teman laki aku ade program. Maksudnya seminggu la kan aku tak balik rumah. Bila da balik rumah, da mandi ape semua, aku tengok kat bilik air macam ada pesta cacing. Sana sini cacing berjoget². Selama seminggu jugak aku hadap pesta cacing tu. Tapi aku paham la kenapa kan. Takda pon nak komplen ke nak saman tuan rumah. Curah aje la asid. Pandai² la kita nak uruskan. Kalau tak nak sangat ade cacing ke lipas kat rumah, sewa rumah atas langit dengan ayahpin.
Aku rasa rumah pangsa tingkat atas pun ade lipas & cacing. Atau pun ko sewa rumah orang² kaya. Habis cerita.




Eh²! belum abis cerita.

Ok sambung. Penyewa tu call dan mesej ibu aku mintak duit sewa balik. Ibu aku pun ade timbang rasa juga, dia setuju nak pulang kan duit sebln sewa tapi deposit tu burn. Yang aku tau deposit tu kite memang tak bole ambil tapi kite bole duduk sebln free gune duit deposit tu la. Sebab aku sewa rumah, mcm tu la yg ditetapkan tuan rumah. Mulanya dia setuju tapi entah ape yang rasuk si lembu tu, dia terus cakap nak saman ibu aku kalau semua duit sewa tak dipulangkan. Ibu aku punya takut tak payah cakap la. Nasib baik HERO ada kat sebelah. HEROnya ayah aku la.

Bila tiba je surat saman, ibu aku jadi takut lagi. Tapi keadaan dapat dikawal. Since ayah aku pun bekas polis & dah lali turun naik mahkamah, so dapat la gunakan pengalaman dia. 2 kali ibu aku turun naik mahkamah. Aku sedih bila aku tak dapat nak temankan ibu aku. Tinggal pon da tak sebumbung. Jadi aku hanya bole call je. Jumpa pun hujung minggu. Bila semalam aku call tanya kan hal ni. Alhamdulillah sangat IBU AKU MENANG dalam kes ni. Allah lebih tahu. DIA nak tunjukkan siapa betul siapa salah. Ini baru kat dunia. Tunggulah balasan kat akhirat nanti. Doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul, insya-Allah.


Last² satu sen pon ko tak dapat duit sewa tu balik kan? Rugi lagi ade la. Turun naik mahkamah bukannya free. Ditambah dengan malu sebab KALAH kes lagi. Ape cer? Aku cakap ko bodoh bertingkat-tingkat jangan tak terima pulak.

Ibu saya da dapat penyewa yang jauh lebih baik. Moga rezeki untuk keluarga kami sentiasa diberkati-Nya. Amin~





PdotS: Sorry :( saya bahasakan diri aku. Sebabnya saya tak boleh tahan dengan orang yang berani buat jahat kat ibu saya. Dia bernasib baik tak deal dengan saya, kalau saya jumpa dia, tahu la ape saya nak buat. Wa tengok lu besar kecik, besar kecik je der.


3 ucapan cinta:

SuryaRahman said...

oh.. kesian ibu awak.
btw, parents saya pun pernah menghadapi penyewa lebih kurang macam ni. tapi takdelah sampai saman naik mahkamah semua.

btw, alhamdullilah kan ibu awak menang. The best will win.

:P

NahWaL said...

bodo piang. ada lagi orang macam ni. patot dia tengok dulu. sah2 deposit burn kalau ko tak duduk sebulan. baghal

Haliza Haron said...

Surya:
Itu la ngan org tua pon dia nk buat mcmtu. pdhal ibu sy da bole consider dgn dia tp dia buat aniaya kat org lg.

Syukur sgt². Sy sokong! The best will win.


Nahwal:
Aku tataw la dia asl dr ceruk mane sampai procedure sewa rumah pun tak leh nk phm. Padahal aku da terangkan da kat si baghal tu.

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com