13 July 2010

Kad Nikah

Masha Allah, lebarnya senyum

Salam,

Lamanya tak update. Kali ni update pasal kad nikah bagi warga Johor. Alhamdulillah semalam kad nikah kami dah selamat sampai ke tangan kami. Berdebar juga, mana tak nya sampai surat tapi SALAH ejaan nama saya. Sepatutnya Siti Haliza tapi ditaipnya PUAN SITI HALUZA. Bikin hati wa panas der. Ke ko taip surat sambil pejam mata?


Proses untuk membuat kad nikah ni simple sangat. TAPI nak menunggu kad siap ambil masa EMPAT bulan ok. Lama kan? Kalau yang bunting pelamin tu, da masuk ke trimester kedua baru kad siap. Tapi rasanya lain negeri, lain tempoh siap kad.


Bila kad siap, senang la nak berjalan & check-in hotel kemana pun. Tak payah da bawak sijil nikah sebesar alam size A4 & dah boleh simpan baik² di dalam almari.


Sesiapa yang belum apply, silalah apply dan pastikan maklumat di isi dengan betul. Kalau salah alamatnya tunggu 8 bulan baru dapat kad. Yang dah beranak-pinak pun masih boleh apply. Sila bawa 2 keping gambar isteri, 2 keping gambar suami beserta RM30.00 untuk 2 kad. Cepat²! Selagi stok masih ada!



Selingan:

Saya postkan status ini di FB saya:
Ini feedback dari kawan saya:
nak marah pun macam tak jadi.



p/s: kawan saya punya kad nikah tersalah no i/c 4 digit di belakang. Nak bersabar ke nak mengaruk?


6 ucapan cinta:

SuryaRahman said...

bestnya dah ada. kita tak buat pun lagi.

pastu check in hotel tak bawak surat nikah pape pun.kalau kena tangkap memang carik penyakit namanya. haha.

Haliza Haron said...

Surya:
awk blk semenanjung nnt apply la.
lega tau bila kad da siap.

kite kalau jln jauh bwk yg sijil sementara je. bole lipat² masuk purse. tak bwk pun sijil nikah asl sbb syg nk lipat. hehe..

mizz eyta said...

wah.. da siap kad nikah sis :)
sukela tu.. syukur x salah ape2 kan..
tunggu my turn plak!

Haliza Haron said...

mizz eyta:
harus la suke dear. penantian satu penyiksaan tau.

tggu jgn x tggu.. hehe

sha said...

aiseh. kad kite pun dah siap lama tapi x sempat amik sebab nun jauh kat ptn. cam x sempat je nak bercuti-cutian ngambik kad nih. haih

Haliza Haron said...

Fasha:
hah? da lame ke? dia bg tempoh sebln kn utk amik. cpt² gi amik. kite plak jenis x sabar nk amik. ahaha. maklum la.. excited terlebih. hehe..

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com