27 August 2009

Outfit for Solemnization

Dah lama tak cerita pasal wedding preparation, lagipun macam tak tahu nak update tentang apa(alasan! padahal malas nak taip). Disebabkan kemalasan untuk taip entri melanda, saya tampal gambar dulu untuk tatapan korang(ceh! mcm ramai sgt yg pergi ke blog ko). Lepas tu baru boleh mengayat dan membebel.

Sangat la menawan kalau si pemakainya adalah saya. Bagilah chance saya berangan sikit, sebabnya saya tersalah beli kain untuk nikah. Rasanya design baju kat atas tu lagi sesuai guna kain Chiffon with beaded. Betul tak? Ke salah jugak? Tapi saya terbeli French Lace. T__T menangis sebanyak satu sungai pun tak guna, ini la padahnya kalau tak buat research dulu. Jangan ingat assignment je kena buat research, nak kahwin pun ada jugak research. Haha.. Pengajaran ni. Catit²!!

Tengok yang close up sikit. Nampak tak? Saya suka sangat bahagian lace kat baju Maya Karin. Mungkin yang ini sesuai dengan jenis kain nikah saya. Tapi bahagian kain saya taknak meleret² macam maya karin. Karang ada yang kata bajet artis. Nak kena ada orang tolong pegangkan belakang kain. Pegang sendiri? No No No! Raja hanya sehari je beb!

Credit to aimie. Gojes kn? Yang ini pun saya suka jugak but just wonder bahagian kain tu jenis kain apa ek? sesiapa yang pakar kain, tukang jahit atau yang buat assignment pasal kain ke bole bagi tahu tak? Please! Please! Please!!!!!!

Kesimpulannya saya sangat suka, suka, suka(cukupkan 3x) design ala² dress ataupun jubah moden yang terus sampai ke kaki. Maksudnya kain dan baju tidak asing². Apa yang penting kerjasama kena berdiet untuk nampak cantik dan takde lah pouch bag di perut dengan baju nikah nanti. Hehe.. Lepas ni pening pulak nak cari tailor mana yang betol² boleh merealisasikan baju nikah impian saya.



Others pic credit to google.

2 ucapan cinta:

Miss Shareeda said...

hi haliza..
sy juga sedang memikirkan design baju nikah..
hihi.. teringin nak pesyen itu ini but need to lose weight first..

Haliza said...

Hi Miss Shareeda,
pening kn nk pikir pesyen baju? sbbnya semua cantik². Same mcm saye jugak nk jage bdn dulu. Takot pouch bag kat perut nmpk nnt. hehe

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com