11 February 2010

Entri pertama sebagai isteri



Outdoor photoshoot
Lokasi: Istana Besar, Johor


Woo.. tajuk sangat la tak boleh blah. hehe..
Lama jugak saya tak update blog. Bukan takda cerita nak ditaipkan. Bukan jugak pergi HORNYmoon eh! honeymoon malah hari selepas majlis kami berdua terus naik kerja. Cuma, saya baru nak sesuaikan rutin harian sebagai isteri. Boleh terima kan alasan saya?

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun banyak perkara yang dibuat last minute. Salah satunya PELAMIN. Gila kan? Pada mulanya pelamin saya langsung tiada dalam wedding list mahupun wedding package. Semuanya dirancang oleh ayah saya kurang dari sebulan. Saya ulang. KURANG DARI SEBULAN. Mau pengsan dibuatnya. Nasib saya sangat baik mempunyai pakcik yang bertangan super saiya kreatip. Alhamdulillah selamat ^__^.

Disebabkan idea tetibe hilang, hehe..

Saya nak mengucapkan banyak² terima kasih kat ayah dan ibu saya yang merestui perkahwinan kami & juga jadi tulang belakang utk majlis kami, sanak-saudara saya dan jugak kawan² yang sudi datang majlis kecil saya. Tak lupa jugak yang sudi kirimkan doa dan ucapan buat kami berdua. Terima kasih lagi kepada mereka² yang bagi hadiah. Teruja gila masa buka hadiah. Sampaikan tak tahu nak buka yang mana satu. Hihi..

Ini penting! Ini penting! Terima kasih yang tak terhingga buat suami saya yang sudi menerima saya sebagai permaisurinya dan menemani hidup saya buat selama-lamanya. Insya Allah.

Sabtu, 13 Feb ni Majlis Bertandang pula. Berharap sangat² majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Berharap jugak nasib menyebelahi kami agar kali ini juga terlepas dari menyental bontot periuk sepertimana kami terlepas pada majlis saya yang lepas.


Lariiikkkkkkkkkkkkkkkk laju²!!




Oh! saya dah mula rindu saat² buat persiapan majlis, saat² kelam kabut, saat² tension, saat² kira budget. Semuanya saya rindu T__T.



p/s: Fasha saya hutang awk hadiah. Thalha, Mekasih buat post untuk majlis kami. ^__^

8 ucapan cinta:

_Gnie_ said...

haliza, TAHNIAH... maaf xdpt majlis awk... doa saya, moga bahagia ke akhir hayat ya!

Haliza said...

gnie:
Mekasih. xper. doa awk sgt bermakna buat kami. ^__^

~ thalhazlin ~ said...

selamat pengantin baru haliza. pelamin awak sangat cantik. tak sangka dibuat last minit. kalau tak cakap, memang tak sangka. :)

Haliza said...

Thalha:
Mekasih. sy pon berdebar sbb tataw mcmane rupe hasil pelamin last minit itu.

At last kite jmpe jgk kn? :)

nino said...

salam, akak masuk sini tru blog thalhazlin.
selamat pengantin baru haliza & suami.semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
akak link awak ye... :)

Haliza said...

kak nino:
salam. comel name akak. hehe..
Mekasih ucapan akak utk kami.
Mekasih jugak link sy. sy pon link akak jgk :D

Anonymous said...

selamat pengantin baru pn.haliza.if u don't mind,blh x sy tau baju hitam yg di pakai oleh mr. Suami awak tu dipanggil ape ek?baju ni amek pakej katne ye?tqvm.

Haliza said...

anony:
mekasih. awk letak la name.
baju yg tuh sy ckp kod mahadhir je. hehe.. tataw la name btol ape.
sori.

baju ni sy sewa kat pondok pesona

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com