10 June 2009

Roda² Kotaraya part 1

Tajuk tak boleh blah!jelir Haih!! malasnya nak update. Dah bercuti ni memang semuanya jadi malas. Kerja malas, bangun pagi malas. Nak jadi apa nih? ihikhik..

Sabtu yang lepas, kami dan cousin saya plan nak pergi KL. Fuh! pagi² dah bangun untuk pick up Mr.B dari rumah. Drive pon mamai jer. Nasib baik jalan clear lagi.
Bertolak dari JB pada 6:45 am terus masuk Highway Plus tanpa sempat sarapan. Merasa la perut masing² berkeroncong bagai. Apa nak buat, takut highway jammed punya pasal. Maklum la musim cuti kan. Sampai di Machap, perut da berlagu heavy metal. Menggelupur cari sarapan. Parking pun susah nak cari sebab ramai yang singgah untuk sarapan. Kebanyakannya Singaporean. Jalan² cari makan agaknya ihikhik

Perut da kenyang, mesti senang hati kan? hehe.. Kami pun teruskan perjalanan. Adegan cilok mencilok. Potong memotong. haha.. Apa punya bahasa daa.. Jalan da mula sesak. Redha jer la. Kami selamat sampai dalam pukul 10:30 am. Apa? Cepat? hehe.. Drive sampai habis meter. setan

Nak check-in, awal sangat. So kiteorang decide pergi Bukit Bintang dulu, Jalan² cari pasal. First time pergi Pavilionblur mata jadi rambang. Semua kedai rasa macam nak terjah.ihikhik Badan penat pun boleh jadi segar. haha..

Jalan punya jalan sampai tak sedar tengok jam dah pukul 2:00 pm. Apa lagi cepat² gerak ke hotel. Satu hal, semua tak tahu jalan. Hamik kau! hahaha.. Maklumlah biasanya gi KL ngan family, ayah drive saya tido. Inilah padahnya. hehehe.. Ada tourist guide (kawan cousinihikhik) pon tak bole nk pakai sangat. Hentam cari jalan akhirnya jumpa. Hotel tu belakang KLCC je. Nak cari jalan punya la berbelit. 2 kali salah masuk simpang. Pasrah jer la.


*ihsan gambar dari sini. Tak sempat nak snap sendiri

Tadaa.. Itulah hotelnya, The ZON All Suites Residences on the park. Kami booked 2 bilik untuk 3hari 2malam. 1 bilik saya dan cousin dan 1 bilik utk Mr.B. Hotel memang Tip Top tapi, reception tak mesra langsung. Pandang saya dan cousin macam orang tak berduit. Ces!! Ok da tak nak emo. hehe.. Kami relax sampai 4:00pm. Nikmatnya dapat baring tuhan jer yang tahu.

Kami sambung lagi jalan² cari pasal. Kali ni ke Mid Valley. Nak cari parking amatlah payah. Memanjang full jer. Aih!! Jammed pon satu hal jugak. Tertanya² jugak kenapa sesak sangat kat Mid Valley. Rupanya ada Indian Global exhibition & SALE da bermula. Yahoo.. Tapi apa yang saya cari semuanya tak berkenan.sedih Balik dengan tangan kosong. Tapi takpa, esok kan masih ada. hehehe..

Da penat berjalan, balik hotel terus mandi², supper makan pizza then terus tido dengan bergaya. hahaha..

Hari berikutnya sambung di entri lain eh!



*Da panjang² menaip ni baru teringat nak bagitahu, saya gi KL ni jalan² dan shopping barang² persiapan sikit. Beli sikit² dulu. Tak larat la kalau nak beli sekaligus.

2 ucapan cinta:

ღnFashyaღ said...

huyooo..g kl nak beli persiapan dok kat hotel lagi....peh...

Haliza said...

saya xder sedara kt kl, tuh yg booked hotel. stay plak 3 hari. tuh pon rase mcm xcukup jerk mase nk survey. hehehe..

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com