17 July 2009

KeBUSYan *Update

Maaflah lama tak update. Salah satu sebabnya, saya busy sangat. Rase macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Bila nak tiba PC Fair jer, saya jadi lipas kudung. Busy nak design macam² benda.

Kesihatan pulak tak berapa nak memberangsangkan. Klinik da pergi 2X tapi macam takda effect apa². Ke nak cukupkan sampai 3X baru berkesan? Batuk tetap batuk. Kadang rase macam nak kene athma balik.

Preparations untuk wedding kami masih tertangguh. Tarikh sudah dibincangkan. Alhamdulillah!
sengihnampakgigi Lega sikit. Cadangnya 3 majlis. 1hari nikah, 1hari reception belah saya dan 1hari bertandang belah lelaki. Mungkin selepas raya, baru la kami bergiat cergas untuk membuat preparation.ihikhik



Help me: Ade sesiapa nak cadangkan bridal mane yang servicenya tiptop dengan harga yang berpatutan. Area JB yek.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

*Update: Korang rasa better ambil 1 bridal untuk semua majlis ataupun lain² bridal untuk setiap majlis? Kawan saya kata, better ambil bridal yang berlainan, sebabnya kalau ambil yang sama, ditakuti cara sentuhan make up sama sahaja untuk ketiga² majlis. Ada betulnya juga tapi ada sedikit pembaziran kot bagi yang majlisnya sama kawasan seperti saya. Ini hanyalah pendapat saya. Korang jugak bole bagi pendapat. Sila lah jgn malu².

8 ucapan cinta:

Fuchsia~ said...

area JB kat mana tu dear?
ada satu ni kat p. gudang. pondok pesona kat kg pasir putih. memang lawa gile. my fren 2org amik ngan dia and everything is so perfect.

aa tapi tatau la kot ngan org lain ^-^

SuryaRahman said...

haliza, i punya majlis bertandang kat jb guna bridal dekat plaza angsana. d exclusive bridal boutique. tingkat tiga. baju die cantik2 dan masih baru. i book bulan 4, i datang balik minggu lepas,banyak koleksi baju baru.
tapi sejauh mana ok tak ok, i tak tau la. hehe.

ms.hai said...

salam...
try Seri Delima. sy dh book situ.

Haliza said...

Fuchsia~: majlis belah saya, family lom confirm tmpt. Tp belah lelaki insya allah kat pasir gudang. ok² saya try survey kat pasir putih tuh. Thanks dear.

Surya: u jb kat mane? plaza angsana mmg byk baju lawa². tmpt dia pon xclusive. harga ok x? hehe..

ms.hai: salam. sy pon da tanyer gak package. dia bagi yang 3K & plus. da over budget saya plak. Awak dapat harga best eh?

SuryaRahman said...

I kat Taman Universiti. U ada emel tak? If ada nanti i scan flyers die pasal pakej tu. Mana tau ada yang berkenan. Yang ni amik sebab tunang I dengan future MIL yang pergi tengok dulu. Then i agree je la. Takkan nak banyak songel kan. Ade kena lempang laju-laju kang. HAHA.

Btw, u jb area mana eh?

Haliza said...

Surya: o0o0 tmn u. i jb area permas jaya. ni email i Lyza_san@yahoo.com.

i ade servey² gak kat angsana. tapi malu la nk masok. haha..

SuryaRahman said...

oh. i pun kalau tengok dari luar memang cam segan. Takut mahal sangat. nanti i emel kat u eh.Lyza tu L memang capital letter eh?

Haliza said...

tawu xper. Nmpk mahal sgt.
L tuh kecik. bkn capital letter

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com