12 February 2010

Adat itu keperluan atau menyusahkan?


Saya mengaku saya seorang yang tidak berapa mendalami adat² melayu. Lagi² adat dalam perkahwinan terutamanya. Bukan itu aje. Banyak lagi adat² yang mungkin saya tak tahu. Yelah orang dulu² kan penuh dengan adat.

Saya sedikit konfius dan terasa hati bila saya tidak dibenarkan datang ke rumah mertua hanya disebabkan majlis bertandang belum selesai. Saya datang bukan untuk tidur atau bermalam tapi untuk menemani suami dan juga saya boleh tolong sedikit apa² yang patut kerana rumah mertua saya mengadakan kenduri doa selamat.

Ada sesiapa yang boleh terangkan dalam bab² adat macam ni?
Atau mungkin ada hujah yang boleh menegakkan alasan adat tersebut? Saya betul² ingin tahu apa kesalahan jika saya turut serta dalam majlis doa selamat itu?

Relevan sangat ke nak apply adat tersebut jika Majlis Bertandang akan diadakan sebulan atau mungkin berbulan² selepas majlis bersanding pihak perempuan? Kalau macam tu, tak payah jenguk mertua berbulan² la eh? Atau pun ada istilah "Awak ziarah rumah mama awak, saya balik rumah ibu saya @ saya duduk rumah sendirian". Macam tu ke?

Maafkan saya. Sedikit emosi bila menaip entri ni.





Saya sangat² inginkan jawapan persoalan diatas!
Tolong redakan hati saya dengan jawapan kamu. Terima kasih T__T



Ibu saya kata: "Dia nak buat seprais utk kakak kot." Ibu nak sedapkan hati saya la tu.


7 ucapan cinta:

PUAN THALHA : said...

bab tak di benarkan pergi ke rumah mertua tak pernah dengar. tapi, the whole idea pihak lelaki buat majlis bertandang is macam nak menyambut meraikan ketibaan pengantin perempuan. kalau family dah kenal pengantin perempuan sebelum majlis bertandang, macam tak ada seri la majlis bertandangnya. thats why la majlis bertandang orang tak lapse lama-lama. orang buat sehari lepas majlis bertandang pun ada (biasa orang singapore la), & biasa seminggu pas tuh kalau kat jb. sebab tu la saya angin majlis bertandang saya extend seminggu! arggghh! sebab jiran kanda yang macam haram. hu

ally said...

haliza..mmg biasanya mcm tu..sy pon pnh dgr pasal adat2 mcm tu..even niat kita baik, tp bg org yg masih berpegang pada adat ni, mmg di larangnya kita pegi..tp if ada tolak ansurnya, sy rs itu x jd masalah..sy setuju ngan awak, kalo jarak antara 2 majlis tu jauh, a kan la kita x jenguk PIL tu kan? btw, tabahkan hati k..dugaan nih..=)

mizz eyta said...

Urm kadang2 org2 tua dulu mmg byk adat. tp kdg2 adat dorg tuh cm x logik kan.s long s da nikah kite wajib folow husben kite kan?

Unknown said...

Bab adat susah mau cakap Babe. My dad sangat pentingkan adat. mesti tunang, mesti merisik. mesti ada pantun. mesti berjumpa , no sms untuk bincang tarikh. ,mesti tu mesti ni.

Last time I heard him talk about my wedding, my khatam ada qari utama. What the fun. Ai pasrah.

Datuk Hassan Azhari. bapak jalaludin hasan. Mampos aku bertaranum. LOL

dan majlis bertandang saya beza sebulan lebeh. benci.

juneHalim said...

owh ye ke??jun xtahu pulak tentang hal ni.hari tu blk jb pun bincang2 ngn family byk lagi benda yang jun xtahu, tapi skng dah amik tahu la sket2..cme tetang ni tak pulak jun pernah dgr.rasenya ija boleh bncg kot..jangan tensi sangat oke babe.. =)

sha said...

mana la cik puan ni pegi. lama btul hilang dah

juneHalim said...

fasha : cik puan bz kot..cik puan fasha ble nk uat full entry wedding..xsabar dah nih..=D

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com