05 January 2010

1 Purnama



OmaiGucci!!(tetibe) Dulu masa mula² start blog, tickers baru nak jejak 6 bulan lagi dari tarikh majlis. Rasa macam lama lagi. Asyik rilex je banyak.. Servey², Jalan² ke blog orang lain tengok persiapan deorang macam mana. Deko hantaran macam mana. huhu.. Banyak menservey dari preparations.

Hari ni dah tinggal satu bulan je lagi saya nak buat persediaan apa² yang patut. Dengar macam lama lagi. Tapi masa cepat je lari, bukan jalan lagi dah. Sempot saya nak mengejar. Lepas ni pasti saya rindu sangat nk buat preparations wedding. Walaupun kadang² tension tapi banyak manisnya jugak.

Tentang preparations pulak, alhamdulillah banyak yang dah setel tapi ada jugak benda yang penting saya belum siap lagi. Salah satu nya Kad Kahwin. Harap² sangat sabtu ni dah boleh ambil kat kadkahwinku.com.



Part hiasan hantaran saya upah pakcik saya menggubah. Saya suka hasil tangan dia, seni dan kreatif. Walaupun saya bekerja dlm bidang design tapi bila part nak menggubah memang hancus. Surrender! Nak beli barang menggubah pun terkial². Inspirasi gubahan saya ambil dari Pesona Pengantin.

Kali ni saya katakan TAK NAK letak bunga kat gubahan. Sebab saya tahu, kalau saya bagi tunang saya bunga, dia bukan nak simpan ke nak buat gubah jauh sekali. Last² bunga masa kami tunang hari tu elok je duduk kat atas almari buat sarang labah². Tension mak!! Yang bunga hidup kat sirih junjung dah lama selamat kat tong sampah ke lori sampah. camtuh la. So saya decide letak ribbon macam kat Pesona Pengantin.

Salah satu hantaran saya untuk tunang, kapkek. Itu pun saya belum tempah lagi. Tapi saya da tanya quotation kat Shamin Bakery. Insya allah pertengahan bulan Januari ni saya nak bincang ape² yang patut mengenai kapkek & Kek Kahwin. Harap² dapat la ape yang saya mau untuk kapkek & kek. Tapi kalau takde pilihan jugak saya beli je la kat Lavender ke, Secret Recipe ke, Baskin Robin ke. No choice..

Oh ye.. Penanda arah nak buat macam mane eh? Takde idea la..

Spa tak pegi lagi. Manicure & Pedicure pun. Aiyo.. Nak pegi yang mane ek kat area JB nih?



Henna pun tak cari lagi nak buat kat mane.. (*.*) Aih!! pening kepala..


17 ucapan cinta:

Unknown said...

hehe sabau yang take a deep breath. sempat je semua tu..

masa nawal nikah tunang haritu pon nak kasi cupcake, tapi cupcake sellau orang buat manis leting! tak sanggup mak. haha. Last2 member suggest beli kek dekat hotel concorde. ingat Mahal, sama je macam secret recipe, rm60. and GILE SEDAP!haha

ok takda kaitan dengan entree awak. hehe

Haliza Haron said...

nahwal:
tuh la kn. takut manis sgt pon muak jgk. ala kat jb tadek concorde. boring betol.

eh ade jgk la kaitan. hehe..

sha said...

sy tgh pening nak tempah kek kawin kat mana ni liza.

btw, my fren (indian) suggest ada satu kedai henna dkt area kotaraya tu cantik sgt dia buat and bole dtg umah. dia charge dlm 150 la. sy x amik sbb sy x suka ukir2 ni tapi kalo awk nak try sila la

Haliza Haron said...

awk area pontian kn? search kat pontian ade tak?
sy pon pening jgk awk, tp kalau tade pilihan sy beli je kat secret recipe atau baskin. pasrah je la.

o0o0 kat kotaraya saya tak perasan pulak. tapi kat plaza seni tu sy perasan jgk. saya pon tak suke ukir2. sy nk pkai biase2 je. :)

Unknown said...

eh, apa ni , lom nikah lagi dah ngaku nikah. i meant masa nawal tunang haritu. hahaha perasan taula dah gatai.

kat jb ada tunang saya. hahahahah. lagila takda kaitan

Haliza Haron said...

haha.. sy pon bace 2 3 kali comment awk. salah taip la tuh. tape sy paham. hehe

tunang awk org jb ke? alamak terkepoh sikit :P

Unknown said...

hahaha.. macam tersedak kejap

dia keje jb, jadi lepas kawen kita pindah jb!! wahhh kita leh jadi kawanla!! comel je. haha. dah risau dah ni pindah sana takda kawan..sedara pon takdok .=(

Haliza Haron said...

wah! dok jb eh. bole la kite jmpe kn. hehe.. sesape tadek tp hubby ade shud be no problem kn. hehe

Unknown said...

huhu yela kita ada hubby, hubby ada kita je..huhu..dua dua orang selangor, dok jb nun! hidup di JB. =). liza dok mana mek? Tunang nawal keje pasir gudang, duduk taman mawar.

Haliza Haron said...

o0o0.. dua2 selangor tp merantau la ni ke jb.

sy dok kat permas jaya tp tunang sy kat tmn mawar jugak. omaigad! nnt kite leh jmpe la. sy pon insya allah pindah tmn mawar. tah2 nnt kite berjiran je. huhu..

PUAN THALHA : said...

fushia : ooo.. kat bahagian bawah kotaraya ek buat inai? okay nanti kita pergi tengok. anyway, haliza, kat kip mart pun ada. boley ukir-ukir cam tangan saya time tunang arituh.hehe. ngada kan saya. satu tangan rm 10. tapi kene datang kedai n boleh pilih corak. tapi, kalau awak nak biasa tak maw ukir, buat sendiri jek awak, guna henna india cantik dan terang.

MamaPatch said...

haliza : sy suka sgt inspirasi hantaran awk tu. sy plan nk wat silver jgak utk tunang sy. suka sgt look ekslusif. xde bunga plak tu. sesuai utk lelaki..hehe. dah lama sy tgk dlm majalah pengantin pun ade kan?

Haliza Haron said...

thalha:
kip mart mane eh? masai ke? Sy nak buat sendiri tp takot tak cantik pulak. ye lah sbb bukan pakar yg buat. hehe..
inai india cpt ilang kn? inai daun pon best jgk kn?


Miss F: a'ah sy pon suke sgt sbb tadek bunga. Simple tp menarik kn? hehe.. Da lama sy berangan nk buat hantaran mcm tu. hihi..

PUAN THALHA : said...

tak la awak. kip mart tampoi neh.

Haliza Haron said...

thalha:
ok². noted. hehe.. thanks dear :)

sha said...

thalha : eh bukan kat bwh kotaraya tapi kedai dia dkt2 kotaraya tu. sebelah2 la.

hehe tetiba kotak komen awk dah jadi forum ni liza ^-^

btw, u ols nanti dok tmn mawar ke? dkt btul ngan tmpt sy tuh

Haliza Haron said...

Fuchsia:
hehe.. no problem. byk info da dpt dr komen kamu2 semua :)

a'ah fasha sy insya allah duduk tmn mawar. kalo dekat da leh wat gathering nih. hehe..

 
Blog ini telah diubah sikit jek oleh haliza dari template suckmylolly.com